PERANCIS meneruskan rentak kemenangan di laman sendiri ketika beraksi dalam saingan Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mengatasi Argentina 1-0 untuk mara ke separuh akhir.

Pemain Crystal Palace, Jean-Philippe Mateta, menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.

Ia terbukti cukup untuk memastikan skuad bimbingan Thierry Henry meneruskan kemaraan.

VAR membatalkan jaringan kedua Perancis, namun Argentina pula gagal menggunakan peluang terhidang untuk mendapatkan gol penyamaan. 

Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat perlawanan dan pergaduhan tercetus antara kedua-dua pasukan selepas wisel penamat ditiupkan.