ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 27 November 2020.
1) COVID-19: Kes positif global melepasi 60 juta, kematian 1.43 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 60 juta.
Ini berikutan lebih 700,000 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus menjadikan angkanya kini berjumlah 60,803,071.
2) Dua tentera terbunuh ketika lakukan rondaan di Kashmir
Dua tentera India maut dalam serangan pemberontak di wilayah kawalan India, Kashmir.
Menurut jurucakap tentera India, pemberontak melepaskan tembakan ketika tentera mengadakan rondaan di pinggir bandar Srinagar.
3) COVID-19: Jangan ambil mudah sungguhpun vaksin tersedia - PM UK
Perdana Menteri United Kingdom Boris Johnson menasihati rakyatnya untuk tidak mengambil mudah mengenai COVID-19 biarpun banyak laporan positif berkenaan vaksin pandemik itu kini.
4) Dana UNRWA tidak cukup untuk bertahan sehingga hujung 2020
Ketua Pesuruhjaya Agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengaku buat pertama kali dalam sejarah, agensi itu tidak mempunyai dana yang mencukupi.
5) Maradona disemadikan, puluhan ribu peminat berhimpun
Legenda bola sepak Diego Maradona disemadikan di sebuah tanah perkuburan di luar Buenos Aires pada Khamis, dalam satu upacara yang hanya disaksikan kira-kira 20 orang.
6) Gabungan vaksin Sputnik V dan AstraZeneca boleh tingkatkan keberkesanan - Rusia
VaksinAstraZeneca COVID-19 boleh digabungkan percubaannya dengan Sputnik V untuk meningkatkan peratusan keberkesannya.
Itu jelas Rusia, selaku pembangun vaksin Sputnik V, yang menyatakan keberkesanan vaksinnya itu kini mencecah 92 peratus dalam melindungi orang ramai daripada COVID-19, berdasarkan hasil ujian interim.
7) Pasar borong Beijing gantung sementara jualan produk sejuk beku
Pasar borong terbesar China menggantung sementara pemasaran dan penyimpanan bagi produk sejuk beku termasuk daging dan makanan laut dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di negara itu, lapor portal berita Beijing News.
8) Thailand sedia beri kerjasama pergiat kawalan di sempadan Thailand-Malaysia
Thailand sedia memberi kerjasama untuk mempergiat kawalan keselamatan di sempadan Thailand-Malaysia susulan insiden seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut ditembak ketika bertugas di Perlis pada Selasa.
9) Jerman cecah satu juta kes keseluruhan COVID-19
Jumlah kes jangkitan COVID-19 di Jerman melepasi satu juta orang pada Jumaat berdasarkan berdasarkan data Institut Kawalan Penyakit Robert Koch.
10) Swafoto dengan mayat Maradona, kakitangan rumah pengebumian dibuang kerja
Seorang kakitangan rumah pengebumian di Buenos Aires, Argentina dibuang kerja selepas mengambil gambar swafoto dengan mayat Diego Maradona.
Astro Awani
Fri Nov 27 2020

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.