KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah dan dukacita atas pemergian legenda bola sepak, Diego Armando Maradona akibat serangan jantung di rumahnya, di Argentina, pada Rabu.
Menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik di laman Facebook, Seri Paduka Baginda juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, orang tersayang, peminat dan rakyat Argentina atas kehilangan seorang anak bangsa yang dikasihi dan amat dihargai.
"Kali terakhir Baginda bertemu dengan pemain bola sepak berbakat itu ialah di Zurich semasa Anugerah Terbaik Bola Sepak FIFA pada 2017 dan terpesona dengan karisma, keperibadian yang menyenangkan dan sikap suka berjenaka," menurut kenyataan itu.
Seri Paduka Baginda yang sememangnya menggemari sukan bola sepak yang cukup menarik itu sama ada di peringkat Malaysia dan dunia, berkongsi minat yang serupa dengan Maradona dan Seri Paduka Baginda dan legenda bola sepak dunia itu berkongsi cerita yang panjang lebar mengenai sukan itu.
"Pertemuan tersebut merupakan kenangan berharga buat Seri Paduka Baginda dan mendiang legenda Diego Maradona pastinya akan sentiasa diingat sebagai pemain bola sepak yang diminati Seri Paduka Baginda.
"Maradona, sememangnya disayangi peminat bola sepak di seluruh dunia, juga dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik pada sepanjang masa dan merupakan ketua pasukan Argentina yang memberi inspirasi di sebalik kejayaan pasukan itu menjuarai Piala Dunia 1986.
"Beliau juga adalah figura terkenal di Boca Juniors, Barcelona dan kelab Itali Napoli, yang beliau terajui sehingga memenangi kejuaraan Serie A pada 1980-an," menurut kenyataan itu.
Al-Sultan Abdullah juga memberi penghormatan kepada legenda bola sepak ini, tokoh berbakat besar dan merupakan seorang pemain bola sepak yang berwawasan semasa berada di padang bola, meninggalkan warisan yang mengagumkan yang pastinya akan dikenang oleh generasi akan datang di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020

Seri Paduka Baginda juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, orang tersayang, peminat dan rakyat Argentina atas kehilangan seorang anak bangsa yang dikasihi. - Gambar/ Facebook @Istana Negara
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.

Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.

Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.

Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.

Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.

Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.

Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.

Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.

Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.