Skuad wanita negara meraih kemenangan pertama selepas menewaskan Sepanyol 3-2 dalam saingan terakhir peringkat Kumpulan A, Kejohanan Badminton Piala Uber 2016 di Stadium Tertutup Pusat Sukan Kunshan, China, hari ini.
Perlawanan pertama menyaksikan perseorangan muda negara, Goh Jin Wei, diberikan tugas melawan Carolina Marin. Walaupun jurang pengalaman di antara mereka jauh berbeza, Jin Wei tidak memberikan laluan mudah kepada Marin.
Tewas set pertama 18-21, Jin Wei bangkit pada set berikutnya 22-20, untuk membawa perlawanan ke set penentuan. Pemain berusia 16 tahun itu hampir melakukan kejutan, namun ketangkasan dimiliki Marin menyaksikan Jin Wei tewas 16-21.
Harapan Malaysia untuk menyamakan kedudukan, bagaimanapun,gagal apabila perseorangan kedua, Ho Yen Mei, tewas kepada Beatriz Corrales.
Tewas set pertama 13-21, Yen Mei terus longlai apabila tewas mudah set kedua 9-21 untuk Sepanyol mendahului 2-0.
Skuad negara akhirnya berjaya meraih mata pertama melalui Sonia Cheah. Bertemu pemain muda, Clara Azurmendi, Sonia nyata menguasai gelanggang dengan baik.
Set pertama, Sonia mudah menang 21-14. Dalam set kedua, Azurmendi memberikan sedikit tentangan kepada perseorangan ketiga negara, namun Sonia tetap menang 21-18.
Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean yang bermain selaku beregu pertama ternyata tidak mengecewakan. Mereka hanya mengambil masa 22 minit untuk menang 21-12, 21-7 ke atas Beatriz Corrales/Lorena Usle untuk kedudukan kembali seimbang 2-2.
Amelia Alicia Anscelly/Woon Khe Wei melengkapkan kemenangan 3-2 skuad negara apabila dengan mudah menewaskan Clara Azurmendi/Laia Oset 21-12, 21-13.
Keputusan:
Goh Jin Wei kk Carolina Marin 18-21, 22-20, 16-21
Ho Yen Mei kk Beatriz Corrales 13-21, 9-21
Sonia Cheah mn Clara Azurmendi 21-14, 21-18
Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean mn Beatriz Corrales/Lorena Usle 21-12, 21-7
Amelia Alicia Anscelly/Woon Khe Wei mn Clara Azurmendi/Laia Oset 21-12, 21-13
Astro Arena
Wed May 18 2016

Pemain negara, Ho Yen Mei - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Piala Thomas 2016: 'Post-mortem' untuk skuad Malaysia
Pemangku Presiden BAM gesa semua pihak agar tidak menuding jari mencari kesalahan daripada kegagalan Malaysia mara ke pentas final Piala Thomas 2016

Piala Thomas 2016: Koo Kien Keat gembira sumbang mata
Koo Kien Keat berpuas hati apabila dia dan pasangannya, Tan Boon Heong, berjaya membantu skuad Piala Thomas negara meraih mata kemenangan ke atas Taiwan dalam saingan peringkat suku akhir pada Khamis.

Piala Thomas 2016: Malaysia lega bertemu Taiwan di Kunshan
Malaysia mampu menarik nafas lega apabila diundi menentang Taiwan dalam suku akhir Piala Thomas, di Kunshan, China hari ini.

Piala Thomas 2016: Pemain perseorangan Malaysia menyerlah di Kunshan
Skuad negara membuktikan kewibawaan mereka untuk menamatkan saingan berkumpulan sebagai juara, ketika kredibiliti mereka sebagai pencabar kejuaraan Piala Thomas 2016 masih menjadi tanda tanya.

Piala Uber 2016: Malaysia raih kemenangan sagu hati ke atas Sepanyol
Skuad wanita Malaysia meraih kemenangan pertama selepas menewaskan Sepanyol 3-2 dalam saingan terakhir peringkat Kumpulan A, Kejohanan Badminton Piala Uber 2016 di Kunshan.

Piala Thomas: Malaysia tundukkan Korea Selatan 3-2
Selaku juara kumpulan, skuad Piala Thomas Malaysia melangkah ke peringkat suku akhir pada hujung minggu ini.

Badminton Piala Thomas: Malaysia mula kempen dengan langkah kanan
Malaysia memulakan kempen Piala Thomas dengan langkah kanan apabila menewaskan England 4-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C.

Tiada apa yang mustahil di Kunshan - Frost
Para pemain akan berangkat ke Kunshan bukan sebagai individu tetapi sebagai satu unit yang mengidamkan kejuaraan.