KUALA LUMPUR: Skuad Tenaga Nasional Berhad (TNB) memulakan saingan Piala TNB dengan langkah kanan apabila membelasah Kuala Lumpur City (KL) 7-0 dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini.
Kemenangan itu menyaksikan TNB yang merupakan juara Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 berada di landasan terbaik untuk memperoleh kemenangan bagi aksi kedua suku akhir, sekali gus mara ke separuh akhir dalam misi memburu gelaran treble bagi tahun ini.
TNB dilihat bermula garang mendominasi perlawanan pada awal permainan apabila Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal membuka tirai jaringan pada minit ke-10 sebelum Wan Haziq Hishamuddin Wan Azmeer Ruzman menggandakan kedudukan pada minit ke-25.
TNB di bawah kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin yang terus mengasak kubu KL membuahkan hasil selepas Muhammad Azrai Aizad menyudah gol peribadi kedua pada minit ke-26, sebelum pemain import Korea Selatan, Jang Jong-hyun meledakkan gol keempat TNB pada minit ke-31 pada babak kedua perlawanan.
Pertahanan TNB Norsyafiq Sumantri kemudian memastikan kedudukan skuadnya kukuh apabila menyudah dua jaringan pada minit ke-36 dan ke-37 sebelum Wan Haziq menyumbat jaringan ketujuh pada minit ke-39 dan keputusan kekal 7-0 hingga wisel penamat dibunyikan.
TNB pada tahun ini mencipta sensasi apabila menjulang Piala Sumbangsih pada awal Februari lepas, sebelum menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan MHL 2024 pada Selasa lepas.
Sementara itu, juara bertahan, Terengganu Hockey Team (THT) tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan mudah 5-2 menentang Liaoning Men's Hockey Team (LMHT) pada perlawanan suku akhir pertama di SNBJ.
Sekiranya TNB dan THT mampu mengekalkan kemenangan pada suku akhir kedua pada Ahad ini, kedua-dua pasukan dijangka bertemu buat kali kedua memandangkan sebelum ini telah bertemu pada aksi Piala Sumbangsih 7 Feb lepas.
Dua lagi perlawanan suku akhir pertama menyaksikan Maybank berjaya menundukkan TNB Thunderbolts 7-1 di SNBJ manakala UiTM HA-KPT (UiTM) menewaskan Nurinsafi Sporting (NI) 2-1 di Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Pemain TNB Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (kiri) diasak penjaga gol Kuala Lumpur City Khairul Amirin Mohd Kamarul Azlan pada perlawanan suku akhir Kejohanan Hoki Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini. - Gambar Bernama
Polis nyahaktif objek menyerupai bahan letupan di Sungai Pinang
Polis menyahaktifkan objek mencurigakan menyerupai bahan letupan yang ditemukan di tepi jalan di Lebuh Sungai Pinang 7, hari ini.
KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.
Harga hartanah di Lembah Klang dijangka naik 4 peratus pada 2025
Peningkatan harga didorong oleh kekurangan tanah di kawasan tersebut, selain kenaikan kos bahan mentah.
Pelaburan NVIDIA kukuh kedudukan Malaysia dalam rantai bekalan chip
Firma teknologi utama seperti NVIDIA, yang memiliki kepakaran dalam cip tujuan khas untuk kecerdasan buatan (AI), adalah bidang kemajuan yang paling pantas.
Pertumbuhan Malaysia dijangka melepasi 5% tahun ini - Amir Hamzah
Negara sudah berada di landasan yang positif, dengan kerajaan berkemungkinan mengatasi sasaran defisit tahun lepas sebanyak 4.3% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Ahmad Faedzal tamat khidmat Ketua Pegawai Eksekutif ISN Februari ini
Ahmad Faedzal Md Ramli akan menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Institut Sukan Negara (ISN) pada 24 Feb ini.
Pengumuman pencalonan Oscars ditunda ke 19 Jan akibat kebakaran di Los Angeles
Akademi turut memanjangkan tempoh pengundian untuk memilih pencalonan selama dua hari sehingga 14 Jan.
Peniaga kelapa warga Bangladesh didakwa beri suapan kepada pegawai polis
Peniaga kelapa warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memberi suapan wang tunai berjumlah RM3,900 kepada seorang pegawai polis pada 1 Januari lalu.
TPM saran perbanyak inisiatif berimpak tinggi
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu memperbanyak inisiatif berimpak tinggi, maju dan melangkah ke hadapan.
TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) diarahkan mengemukakan cadangan bagi skim perjawatan baharu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyelesaikan isu perjawatan sejumlah 9,719 kakitangan yang msiah berstatus kontrak.
Piala FA: JDT sebelah kaki ke separuh akhir
Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT)meletakkan sebelah kaki ke perlawanan separuh akhir Piala FA 2024/2025 musim ini apabila membelasah pasukan Liga A1, Malaysia University 5-0.
Piala TNB: TNB belasah KL 7-0, THT tewaskan LMHT 5-2
Skuad TNB memulakan saingan Piala TNB dengan langkah kanan apabila membelasah KL 7-0 dalam perlawanan suku akhir pertama di SNBJ hari ini.
Darren wira Harimau Malaya raih kemenangan penting menentang Taiwan
Penyerang Darren Lok memastikan Malaysia meneruskan momentum kemenangan selepas menundukkan Taiwan 1-0 pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Itali gagal ke Piala Dunia 2018, Buffon umum persaraan
Ini merupakan kali kedua skuad Azzurri tidak layak ke pentas Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1930.