KUALA LUMPUR: Penyerang Darren Lok memastikan Malaysia meneruskan momentum kemenangan selepas menundukkan Taiwan 1-0 pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei, malam ini.
Pemain Sabah FC yang dimasukkan pada babak kedua menggantikan Paulo Josue, muncul wira skuad Harimau Malaya apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72 untuk membantu pasukan meraih tiga mata berharga di tempat lawan.
Pada aksi kedua kumpulan itu, Ketua Jurulatih Kim Pan Gon membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan yang menewaskan Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil minggu lepas dengan menurunkan Junior Eldstal, Mohd Afiq Fazail, Paulo Josue dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid.
Beraksi di atas permukaan padang yang tidak begitu memuaskan, skuad Harimau Malaya dan Taiwan kendalian Gary White masing-masing bergelut menampilkan aksi memberangsangkan apabila lebih bergelut mencari rentak permainan sepanjang babak pertama.
Namun, pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim mensia-siakan peluang keemasan untuk meletakkan Malaysia di depan selepas gagal menyempurnakan umpanan Arif Aiman Mohd Hanapi yang menyaksikan sungkitannya terkena tiang pada minit ke-43.
Bersambung babak kedua, kesilapan pertahanan lawan Chen Ting-Yang mengeluarkan bola dalam kotak penalti pada minit ke-51 hampir membawa padah kepada tuan rumah, tetapi voli Muhammad Akhyar melambung tinggi melewati palang.
Berbaki 30 minit sebelum wisel penamat, Pan Gon yang terkenal dengan percaturan 'magis', membawa masuk Darren dan Endrick Dos Santos bagi menggantikan Mohd Afiq pada minit ke-62 dalam usaha mengubah rentak rentak permainan dan kedudukan.
Percaturan itu membuahkan hasil apabila Darren menyumbat gol yang dicari-cari ketika permainan berbaki 18 minit selepas beliau yang tidak dikawal tenang merembat bola muntah tampanan kurang kemas penjaga gol Taiwan, Pan Wen-Chieh ketika menepis percubaan leret Endrick dari sebelah kanan.
Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah cuba bangkit memburu gol penyamaan namun kekebalan benteng pertahanan negara yang menunjukkan disiplin bertahan dengan baik sepanjang perlawanan berjaya mematahkan gerakan ke arah pintu gol sehingga wisel penamat dibunyikan.
Kejayaan menumbangkan Taiwan itu menyaksikan Malaysia menamatkan badi kemenangan di Taipei selepas tewas dalam tiga pertemuan terakhir di sana sejak 2000.
Selepas dua perlawanan, Malaysia kini berada di kedudukan teratas Kumpulan D dengan mengumpul enam mata sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Satu lagi aksi Kumpulan D membabitkan Oman dan Kyrgyzstan dijadual berlangsung 10 malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Darren Lok muncul wira skuad Harimau Malaya apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72 untuk membantu pasukan meraih tiga mata berharga di tempat lawan. - Gambar fail/Bernama
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Darren wira Harimau Malaya raih kemenangan penting menentang Taiwan
Penyerang Darren Lok memastikan Malaysia meneruskan momentum kemenangan selepas menundukkan Taiwan 1-0 pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.