KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) meletakkan sebelah kaki ke perlawanan separuh akhir Piala FA 2024/2025 musim ini apabila membelasah pasukan Liga A1, Malaysia University 5-0 dalam pertemuan ssuku akhir pertama di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, pada Sabtu.
Malaysian University yang menjadi tuan rumah dan meminta bermain di gelanggang keramat JDT itu ketinggalan seawal minit kedua selepas pemain pertahanan kiri, La'vere Lawrence Corbin Ong menyambut hantaran Muhammad Syahmi Safari untuk meledak gol pembuka tirai.
Skuad kendalian Hector Pablo Bidoglio berpeluang menggandakan jaringan pada minit ke-38 menerusi sepakan percuma namun gagal dimanfaatkan pemain tengah Safiq Rahim apabila rembatannya terkena tiang.
Babak kedua menyaksikan JDT terus meningkatkan intensiti permainan, sekali gus menambah derita skuad bimbingan Mohd Farid Dewan selepas pemain import Francisco De Oliveira Geraldes mencuri tumpuan dengan meledak dua gol masing-masing pada minit ke-48 dan ke-61.
Pemain pertahanan Shahrul Mohd Saad meneruskan pesta gol Harimau Selatan apabila beliau yang tidak dikawal, menanduk gol keempat 10 minit kemudian, manakala penyerang naturalisasi Romel Morales mudah menolak masuk hantaran leret dari sebelah kiri oleh Corbin Ong untuk gol kelima pada minit ke-80.
Impian Malaysian University untuk sekurang-kurangnya membawa satu gol ke perlawanan timbal balik jdi SSI pada 5 Julai ini tidak kesampaian selepas jaringan pemain sayap Mohd Alief Najmi Mohd Radzi pada minit ke-84, dibatalkan susulan ofsaid dan kedudukan tersebut kekal sehingga tiupan wisel penamat.
Sementara itu, Kuching City FC memanfaatkan kelebihan gelanggang sendiri untuk mengejutkan juara lima kali Selangor FC 2-1 di Stadium Negeri, Kuching.
Bagaimanapun, Selangor kendalian Nidzam Jamil membuka jaringan apabila penyerang dari Chile, Ronnie Fernandez memanfaatkan situasi kelam kabut di depan pintu uuntuk mewaskan penjaga gol Kuching FC, Shahril Saari pada minit ke-31.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Kuching City berjaya menyamakan kedudukan menerusi tonggak pertahanan dari Nigeria, James Okwuosa yang pantas menyambar bola muntah penjaga gol Samuel Somerville selepas gagal menampan kemas tandukan penyerang Jordan Mintah pada minit keenam masa kecederaan babak pertama.
Mintah muncul wira pasukannya apabila pemain berusia 28 tahun itu menghukum kealpaan pemain pertahanan Selangor Sharul Nazeem Zulpakar yang mendada bola ke arah Somerville sebelum dihidu penyerang dari Ghana itu untuk gol kemenangan pada minit ke-64.
Kemenangan dilakar skuad kendalian Aidil Sharin Sahak pastinya memberi sedikit tonik buat mereka yang bakal berkunjung ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk aksi timbal balik 6 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024
Babak kedua menyaksikan JDT terus meningkatkan intensiti permainan, sekali gus menambah derita skuad bimbingan Mohd Farid Dewan. - Gambar FB MFL
Restoran alami kerugian punca kegagalan perniagaan Kim Seri
Kim Seri berkata kerugian itu mula ditanggung sejak Februari lalu berikutan ulasan buruk yang diterima daripada pelanggan mengenai restorannya.
Tragedi rempuhan sempena agihan makanan pra-Krismas ragut 67 nyawa di Nigeria
Tragedi rempuhan untuk mendapatkan makanan percuma telah meragut nyawa 67 rakyat Nigeria sepanjang tempoh pra-Krismas.
Dua dekad tsunami: Aceh bangkit dengan ilmu, semangat anak muda
Aceh berjaya berdikari dengan bantuan yang diberikan 20 tahun dahulu, menerusi pelbagai peluang perniagaan yang dimonopoli anak muda, khususnya berkaitan pelancongan.
Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah di Bukit Mertajam, mendapat perhatian ahli parlimennya, Steven Sim.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Disember 2024.
Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.
Angka kematian di Nigeria meningkat kepada 32 orang
Angka kematian akibat tragedi rempuhan semasa acara amal Krismas di Nigeria meningkat daripada 13 kepada 32 individu setakat ini. Perkara itu dinyatakan polis dalam kenyataan pada Ahad.
Empat kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Empat kanak-kanak Palestin antara lima mangsa yang terkorban dalam serangan terbaharu tentera Israel di Jabalia, utara Gaza pada pagi Ahad. Jumlah mangsa itu seperti yang dinyatakan oleh Agensi Berita Palestin (WAFA) yang turut mengesahkan kejadian itu.
Trump ancam ambil semula terusan Panama jika caj tinggi
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan Amerika sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Empat maut, helikopter terhempas di hospital di Turkiye
Sebuah helikopter terhempas di sebuah hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.
JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu mencatat gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.
FAM jawab kenyataan Fandi Ahmad, pengadil buat keputusan tepat
FAM mempertahankan keputusan pengadil sewaktu Sri Pahang bertemu JDT dalam perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu.
'Sesuatu yang besar akan berlaku' - TMJ
Pemilik JDT itu menggambarkan bakal ada perkara yang sudah semestinya membawa kelebihan dan keuntungan buat kedua-dua belah pihak.
Tewas kepada JDT, Fandi kesal mutu pengadilan
Pengendali Sri Pahang FC Fandi Ahmad kesal dengan mutu pengadilan yang disifatkannya sebagai berat sebelah ketika pasukannya berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Liga Super: JDT kerja keras tewaskan Sri Pahang 3-1 di laman sendiri
JDT menamatkan perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Bergson pada minit kecederaan, untuk menjadikan keputusan 3-1.
Jurulatih baharu Harimau Malaya diumum hari ini - TMJ
TMJ berkata, jurulatih baharu bagi skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda (skuad bawah 23 tahun) kebangsaan akan diumumkan pada Isnin.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan
Bekas pengendali JDT, Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya, sebelum ini.