PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempertahankan keputusan pengadil sewaktu Sri Pahang bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu.

Timbalan Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram, menegaskan prestasi pengadil, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli, dan pegawai video bantuan pengadi (VAR) menunjukkan prestasi cemerlang dan terpuji.

BACA: Tewas kepada JDT, Fandi kesal mutu pengadilan

Menjawab kepada kenyataan ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad sebelum ini: "Keputusan untuk pemberian sepakan penalti pada minit ke-94 dan layangan tiga kad kuning dalam aksi tersebut adalah tepat dan dibuat berpandukan Undang-Undang Permainan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan protokol VAR.

"Unit Pengadil FAM juga telah membuat analisis menyeluruh berkaitan dengan perlawanan tersebut dan mendapati Pengadil dan Pengadil VAR telah menunjukkan satu prestasi yang cemerlang," katanya. - Stadium Astro