Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan
Bekas pengendali JDT, Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya, sebelum ini.
Astro Arena
Mon Dec 09 2024
Kelab Liga Mexico, Queretaro, menjadi destinasi terbaharu Mora selepas diumumkan selaku ketua jurulatih terbaharu kelab itu. - Stadium Astro
BERIKUTAN penstrukturan skuad Harimau Malaya yang akan bermula tidak lama lagi, bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya, sebelum ini.
Kelab Liga Mexico, Queretaro, menjadi destinasi terbaharunya selepas diumumkan selaku ketua jurulatih terbaharu menerusi kenyataan rasmi di media sosial.
Terdahulu, individu berusia 45 tahun itu dikatakan bakal menggalas misi sebagai salah seorang tenaga penting dalam projek terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), seperti yang diuar-uarkan di X.
Peletakan jawatan Pau Marti Vicente selaku jurulatih pasukan kebangsaan selepas kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 menghangatkan lagi situasi serta menimbulkan persoalan apakah yang bakal terjadi nanti. -- Stadium Astro