Piala Sultan Johor menjadi milik Jerman selepas pasukan itu menewaskan India 3-2 pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun di Stadium Hoki Taman Daya di sini semalam.
India lebih menguasai permainan pada separuh masa pertama namun Jerman berjaya mendapatkan pukulan sudut penalti untuk menjaringkan gol yang pertama melalui Jonas Gomoll pada minit ke-11.
Gol tersebut bagaimanapun tidak melemahkan semangat India yang menjadi tuan rumah Piala Dunia Remaja pada tahun depan, pada minit ke-24, Satbir Singh yang menerima hantaran daripada ketua pasukan India Mampreet Singh menyamakan kedudukan.
Namun pada minit ke-31 Jerman sekali lagi di hadapan apabila Joshua Delarber menyempurnakan pukulan sudut penalti bagi pasukannya yang merupakan juara lima kali Piala Dunia Remaja.
Anak-anak buah Jamilon Muelders melebarkan lagi jaringan apabila Florian Adrians yang menerima hantaran Niklas Wellen menewaskan Sushant Tirkey untuk gol ketiga pasukannya pada minit ke-49.
Apabila permainan berbaki tiga minit, Akashdeep Singh merapatkan jaringan untuk gol kedua pasukan India.
Dalam perlawanan sebelum itu, Australia menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Pakistan 3-2.
Pasukan yang dikenali sebagai 'Burras' itu beraksi cemerlang menguasai separuh masa pertama dengan menjaringkan dua gol.
Namun, permainan pasukan itu semakin lemah pada separuh masa kedua dan menyaksikan Pakistan mengambil kesempatan itu untuk menyamakan kedudukan untuk mengikat Australia sehingga masa tamat.
Perlawanan diheret ke masa tambahan, namun, nasib Australia lebih baik apabila Jayshaan Randhawa menjaringkan gol kemenangan dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Piala kemenangan disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Iskandar.
Turut hadir ialah Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
Bernama
Mon Nov 19 2012
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Dewan Perniagaan & Industri Jerman bakal perkasa industri TVET negara - Zahid
Dewan Perniagaan & Industri Jerman (DIHK) bakal mewujudkan kerjasama strategik dengan Majlis TVET Malaysia, khususnya dalam perkongsian kepakaran dan pengalaman.

Zeynep bakal diiktiraf anjing tertua dunia
Ketika ini proses penilaian terhadap Zeynep telah bermula dan anjing itu dalam proses pemeriksaan ketiga bagi menentukan umurnya.

Banjir besar China terburuk dalam 1,000 tahun
Dalam tempoh hanya tiga hari, Zhengzhou telah merekodkan taburan hujan menyamai kadar untuk hampir setahun.

COVID-19: Akhirnya, saintis temui vaksin keberkesanan sehingga 90 peratus
Vaksin buatan Pfizer dan BioNTech didapati menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan COVID-19, lapor Pfizer.

Tembok Berlin binasa, 'Tembok Trump' pula terbina
Tembok Berlin roboh pada 1998 mengakhiri era pertembungan dan persengketaan Timur-Barat. Kini, Tembok Trump pula punca sengketa.

Insiden Taman Negara Mulu: Gagal nilai situasi, ketidaktentuan cuaca jadi penyebab
Kegagalan menilai situasi dan mengelak fenomena kepala air dipercayai menjadi punca tragedi.

Vienna bandar terbaik untuk didiami, Baghdad masih yang tercorot
Menurut bancian tahunan Mercer, lapan daripada 10 bandar terbaik dunia terletak di Eropah termasuk Vienna.

Pilihan raya Jerman: Angela Merkel pertahan jawatan
Sokongan terhadap pakatan pimpinan Merkel merosot, namun ia kekal parti terbesar di Parlimen dengan lebih 32 peratus undi.

Kenderaan Volkswagen hasilkan tahap karbon luar biasa
Volkswagen yang berdepan skandal penipuan ujian pembebasan karbon, mendedahkan pada Selasa ia mengesan tahap pengeluaran karbon luar biasa pada kenderaan keluarannya.

400,000 kenderaan Volkswagen di Britain perlu jalani pengubahsuaian enjin
Pengubahsuaian enjin melibatkan kenderaan dengan kapasiti 1.6 liter, sementara kemaskini perisian hanya melibatkan enjin dengan kapasiti 2.0 liter.