Berlin: Dewan Perniagaan & Industri Jerman (DIHK) bakal mewujudkan kerjasama strategik dengan Majlis TVET Malaysia, khususnya dalam perkongsian kepakaran dan pengalaman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Malaysia berkata, DHIK akan terlibat dalam proses mewujudkan rangka tindakan unik, bagi disesuaikan dengan program TVET di negara ini.
Katanya lagi, Dewan Perniagaan Jerman Malaysia juga akan bertanggungjawab menyelaraskan syarikat-syarikat Jerman di Malaysia dan sebahagian daripada majlis penasihat yangkhusus untuk membina ekosistem TVET di Malaysia.
Selain itu, beliau berkata, Dewan Perniagaan Jerman akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan program GDVT (German Dual Vocational Training), melibatkan penyertaan industri Malaysia, bagi maksud menyelaraskan tenaga kerja mahir Malaysia bersesuaian piawaian Jerman seterusnya menjadikan mereka lebih berdaya saing dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Saya percaya, masa depan industri TVET adalah cerah dan kerjasama dengan institusi TVET yang mantap seperti di Jerman ini sudah pastinya akan memangkin ekosistem TVET di negara kita.
“Kejayaan pelan tindakan ini akan bergantung kepada dedikasi, kerjasama yang berkesan dan akses kepada perkongsian kepakaran yang sedia ada. InsyaAllah dengan komitmen dan kerjasama yang utuh, saya yakin, seperti di Jerman, Jepun, dan banyak negara maju lain,TVET akan menjadi pilihan utama pelajar dan menjadi penyumbang utama kepada tenaga kerja negara kita,” tambahnya.
Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan lawatan kerja sehari ke Berlin, Jerman, di mana beliau telah melawat ibu pejabat Bosch dan mengadakan perjumpaan dengan Bosch-Haus serta DIHK.
Beliau bersama-sama dengan GMI-MARA turut berbincang mengenai potensi kerjasama dan perkongsian kepakaran, khususnya dalam bidang TVET.
“Ketika ini, Malaysia sedang membangunkan rangka Tindakan komprehensif yang dikenali sebagai Dasar TVET Negara 1.0 - yang akan mencorakkan masa depan pendidikan vokasional di Malaysia.
“Rangka tindakan ini bertujuan bukan sahaja untuk menyampaikan kemahiran serta pengetahuan praktikal, tetapi juga untuk membentuk aspirasi dan peluang bagi anak muda di dalam negara.
“Saya percaya bahawa bakat belia Malaysia tidak seharusnya dihadkan semata-mata bagi pencapaian akademik sahaja tetapi mereka perlu dipandu oleh minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), yang memerlukan kemahiran praktikal,” katanya.
Menyentuh lebih lanjut mengenai lawatan tersebut, Ahmad Zahid berkata, beliau turut berpeluang menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Institut Jerman-Malaysia (GMI) dan TH Brandenburg University of Applied Sciences di universiti tersebut.
MoU tersebut, jelas Ahmad Zahid, bertujuan untuk mewujudkan kerjasama akademik untuk pelajar Jerman A-level (GAPP), meneroka laluan pengajian untuk graduan Diploma GMI, peluang latihan tenaga pengajar (TOT) dan mewujudkan Program Pertukaran Kakitangan GMI.
Firdaus Azil
Tue Oct 31 2023

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Ahmad Zahid berkata yang juga Pengerusi Majlis TVET Malaysia berkata, DHIK akan terlibat dalam proses mewujudkan rangka tindakan unik, bagi disesuaikan dengan program TVET di negara ini. - Sumber foto Pejabat TPM
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.