Di Eropah sepanjang minggu lalu, pelbagai acara sambutan diadakan sebagai pembuka tirai bagi menyambut tarikh keramat 9 November yang jatuh pada hari Sabtu.
Walaupun sambutan memperingati peristiwa robohnya tembok Berlin kali ke-30 berlangsung di Berlin, Jerman, tetapi tumpuan ramai permerhati diarahkan ke Amerika Syarikat.
Penduduk Berlin menghantar mesej bernada senda gurau sebagai satu peringatan bagaimana Trump bertekad mahu membina tembok di sempadan AS-Mexico.
'Hadiah Hari Natal' awal yang diberi kepada Donald Trump berbentuk sebahagian serpihan Tembok Berlin seberat 2.7 tan!
Mari kita lihat kembali rentetan kewujudan dan keruntuhan Tembok Berlin:
- Rusia yang menguasai bahagian Berlin Timur setelah kekalahan Hitler dalam Perang Dunia II membina tembok pada tahun 1961 bagi menyekat rakyat Jerman Timur daripada bergerak bebas ke Berlin Barat yang dikuasai pihak Tentera Bersekutu terdiri daripada Amerika Syarikat, England dan Perancis.
- Tembok ini merupakan simbol nyata kewujudan apa yang disebut bekas Perdana Menteri Britain dan wira Perang Dunia Kedua – Sir Winstons Churchill sebagai `Tirai Besi’. Dalam ucapannya di Amerika selepas hilang kedudukan sebagai Perdana Menteri, Churchill memberi amaran kepada dunia barat tentang bermulanya perang dingin antara Barat dengan Rusia. Mengikut Churchill; “Dari Stettin di Laut Baltic ke Trieste di Adriatic, tirai besi kini menyelubungi benua Eropah.”
- Bahang demokrasi mula meniup semangat pemisahan daripada kongkongan Komunis Rusia pada tahun 80an – bermula dengan kewujudan Gerakan Solidarity di Poland.
- Revolusi seterusnya melanda beberapa negara negara di Kesatuan Soviet yang mula mengambil langkah mengishtihar kemerdekaan.
- Di German Timur, protes yang mula bergolak tidak dapat dibendung hingga rakyat dibenarkan keluar negara dengan bebas melalui negara jiran Checzhoslavakia.
- Sepanjang Oktober rakyat Jerman Timur mengambil peluang meninggalkan negara mereka untuk berhijrah ke barat. Kemuncak `penghijrahan’ ini terjadi pada 9 November dengan runtuhnya Tembok Berlin.
Kewujudan kedua-dua tembok kepungan ini mempunyai satu persamaan – galakkan dan anjuran berpunca Donald Trump!