KUALA LUMPUR: Pasukan badminton negara terus memberi berita gembira kepada peminat di tanah air, selepas menundukkan Denmark 3-1 untuk melangkah ke saingan separuh akhir kejohanan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China malam ini.
Apa yang membanggakan ialah kegigihan yang dipamerkan pemain Malaysia yang berhempas pulas, selain mendapat tuah selepas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia Viktor Axelsen, terpaksa tarik diri kerana kecederaan sekali gus memberi kelebihan kepada pasukan negara.
Perlawanan Malaysia yang pertama kali bertemu Denmark dalam piala berprestij itu bermula baik, apabila juara Orleans Masters Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengetepikan gandingan Mathias Christiansen-Alexandra Boje 15-21, 21-14, 21-7.
Aksi kedua yang menemukan perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dengan Axelsen memberi peluang keemasan kepada Malaysia memperoleh mata kedua, selepas pemain nombor satu dunia itu terpaksa menarik diri akibat kecederaan pada awal perlawanan, meskipun telah berusaha untuk bangkit.
Tuah yang diperoleh pasukan negara itu, bagaimanapun tidak memberi tonik kepada perseorangan wanita Goh Jin Wei untuk menumpaskan Mia Blichfeldt apabila tewas 14-21, 21-15, 19-21, dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam sembilan minit.
Kekalahan terbabit, bagaimanapun tidak mematahkan semangat skuad negara untuk mengutip mata kemenangan menerusi juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-17, 21-16.
Malaysia dijangka berhadapan dengan cabaran sengit dalam saingan berikutnya, apabila dijadualkan bertemu Korea Selatan di peringkat separuh akhir pada pukul 10 pagi waktu tempatan esok.
Korea Selatan mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan Taiwan 3-1 hari ini.
Pada peringkat kumpulan, Malaysia menjuarai Kumpulan C selepas menang tiga perlawanan mengalahkan Australia 5-0, India 5-0 dan Taiwan 4-1.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam saingan Piala Sudirman adalah mara sehingga separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China dan 2021 di Vantaa, Finland.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023

Malaysia dijangka berhadapan dengan cabaran sengit dalam saingan berikutnya, apabila dijadualkan bertemu Korea Selatan di peringkat separuh akhir pada pukul 10 pagi waktu tempatan esok. - Gambar FB BAM

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.