IMPIAN Harimau Malaya untuk menamatkan kemarau 44 tahun mendakap kejuaraan Piala Raja Thailand, musnah apabila tumpas 0-3 kepada Tajikistan dalam penentuan sepakan penalti di Chiang Mai, malam ini.
Setelah 90 minit aksi berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai itu berakhir tanpa jaringan, penjaga gol lawan, Rustam Yatimov muncul wira pasukannya apabila menyelamatkan dua sepakan awal oleh pemain pertahanan, Dion Cools dan tonggak tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor.
Percubaan terakhir skuad negara menerusi pemain sayap Muhammad Safawi Rasid pula, singgah di palang gol sebelum pemain gantian Rustam Soirov, melepaskan tendangan ke arah kanan pintu gol untuk menghadiahkan kejuaraan sulung mereka dalam kejohanan tersebut.
Terdahulu, perlawanan akhir edisi ke-48 itu menyaksikan ketua jurulatih negara Kim Pan Gon melakukan empat pertukaran pemain ketika mengatasi Thailand, 5-3, menerusi sepakan penalti, termasuk memanggil khidmat Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang menggantikan Muhamad Nor Azam Azih susulan kad merah diterimanya tempoh hari.
Walaupun pasukan bimbingan Petar Segrt menguasai bola di awal permainan, Malaysia, yang menduduki ranking ke-148 dunia, terlebih dahulu menguji gawang lawan namun sepakan jarak jauh oleh tonggak serangan Muhammad Akhyar Rashid, ditangkap kemas Yatimov pada minit ke-10.
Hujan lebat yang kemudiannya membasahi padang, sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Harimau Malaya apabila mereka mula mendapat rentak permainan, untuk menyusun gerakan serangan ke kubu pasukan ranking ke-109 dunia itu.
Percubaan terbaik pasukan negara di separuh masa pertama hadir menerusi Brendan Gan, apabila pemain tengah kelahiran Malaysia-Australia itu hampir membuka tirai jaringan perlawanan, namun tandukannya pada minit ke-23, hasil daripada umpanan dari sebelah kanan oleh Nazmi Faiz, melewati palang gol Tajikistan.
Perlawanan terpaksa dihentikan kira-kira tiga minit menuju penghujung babak pertama, apabila Mohamadou Sumareh gagal mengawal emosi apabila didakwa melakukan tolakan dada dari belakang kepada Tabrez Islomov, sehingga menyaksikan pemain naturalisasi negara itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil.
Sumareh terus bernasib baik kekal dalam permainan, apabila tindakan agresifnya yang melayangkan badan untuk menerjah Ehsoni Panshanbe pada masa kecederaan, tidak mempengaruhi pengadil untuk melayangkan kad kuning kedua, seterusnya memerintahkannya keluar padang.
Enggan mengambil risiko kehilangan Sumareh, Pan Gon kemudian menggantikannya dengan pemain sayap lincah Faisal Halim, pada awal babak kedua perlawanan.
Muhammad Safawi berpeluang meletakkan Malaysia di hadapan apabila sepakan lencong kaki kirinya diselamatkan Yatimov pada minit ke-57 sebelum giliran penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menyekat Tajikistan, daripada memecah kebuntuan dengan menampan keluar rembatan padu jarak jauh Muhammadjon Rahimov pada minit ke-68.
Malaysia, yang dilihat hilang konsentrasi dalam 10 minit terakhir permainan, bernasib baik apabila jaringan Soirov pada minit ke-84 dibatalkan, selepas berada dalam kedudukan 'offside' dan kedudukan 0-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, sebelum Tajikistan menjulang kejuaraan edisi ke-48 itu menerusi sepakan penalti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Tajikistan menerusi penentuan sepakan penalti. - Gambar/ FAM
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Piala Raja Thailand: Misi Malaysia tidak kesampaian
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Piala Raja Thailand: Malaysia gagal tumbangkan tuan rumah
Kedua-dua pasukan yang merupakan musuh tradisi menyajikan pertarungan sengit, dengan saling mengejar mata.
Pan Gon puji kekuatan mental Harimau Malaya
"Saya rasa pemain Harimau Malaya telah menunjukkan komitmen, semangat juang dan keyakinan sepanjang masa."
Piala Raja Thailand: Malaysia juara acara beregu lelaki
Ini merupakan satu-satunya gelaran dimenangi skuad sepak takraw pada kejohanan kali ini.