KUALA LUMPUR: Hasrat skuad sepak takraw negara mencipta kejutan ke atas musuh tradisi, Thailand pada perlawanan akhir acara regu berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thailand ke-36 tidak kesampaian apabila tewas 0-2, di Nakhon Ratchasima (Korat) hari ini.
Regu pertama negara yang dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Mohd Muqlis Borhan gagal memberikan mata pendahuluan selepas tumpas 18-21, 9-21 kepada gandingan Sittipong Khamchan, Pichet Pansan dan Wichan Temkort.
Harapan diletakkan ke atas Mohamad Azlan Alias, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican dan Farhan Adam untuk menyamakan kedudukan berdepan regu kedua skuad Gajah Perang, Siriwat Sakha, Warayut Chantarasena dan Pattarapong Yupadee juga musnah selepas kecundang 14-21, 14-21.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Namun, pujian harus diberikan kepada anak buah Ahmad Jais Baharun itu apabila berjaya ke final sekali gus memperbaharui pencapaian pingat gangsa acara regu berpasukan lelaki pada edisi lepas.
Skuad sepak takraw negara mengesahkan kemaraan ke final itu selepas menundukkan Myanmar 2-0 pada aksi separuh akhir yang berlangsung semalam.
Rabu lepas, skuad sepak takraw negara terpaksa berpuas hati meraih pingat perak dalam acara antara regu selepas turut tewas kepada regu utama tuan rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
![Piala Raja Thailand: Misi Malaysia tidak kesampaian Piala Raja Thailand: Misi Malaysia tidak kesampaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689505245_Skuadtakrawnegara.jpg)
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak. - Sinar Harian
![Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739346401_tbTayyipErdoganPr.jpg)
Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Bogor pada Rabu sempena lawatan rasminya ke negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
![Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739345572_TBSAPURA.jpg)
Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura dan Aselsan telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.
“Kalau masuk rumah orang bagi salam bah” - YB Kota Belud
Ahli Parlimen Kota Belud luahkan rasa kecewa apabila kedatangan Pengerusi LKIM ke Kota Belud untuk memberi bantuan dan melawat tapak projek tanpa pengetahuan beliau sebagai wakil rakyat di Kota Belud.
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump
“Saya mohon kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah”- YB Jerlun
Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah dengan mengekalkan subsidi, menaikkan harga padi, kekalkan kadar potongan padi semasa, salurkan benih padi dan baja kepada agensi kerajaan dan mengenal pasti orang dalam agensi kerajaan agar tidak menjadi tali barut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739339164_tbMoU.jpg)
KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739344427_TBBAGINDAALTANTUYA.jpg)
Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
![Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025 Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734778530_TBSepakTakraw.jpg)
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
![ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025 ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731847124_tbPialaDuniaSepak.jpg)
ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.
![Mohd Sumali mahu lihat penubuhan akademi berbanding stadium sepak takraw Mohd Sumali mahu lihat penubuhan akademi berbanding stadium sepak takraw](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729980857_TBsepaktakraw.jpg)
Mohd Sumali mahu lihat penubuhan akademi berbanding stadium sepak takraw
Mohd Sumali berkata menerusi penubuhan akademi, PSM boleh kenal pasti bakat baharu yang mampu digilap untuk masa depan sukan sepak takraw.
![Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707194286_MohdSumaliReduan.jpg)
Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi
Katanya, dana kerajaan sangat penting untuk memastikan sukan tradisi masyarakat Melayu ini terus berkembang dan mendapat tempat di hati rakyat.
![Sepak takraw Piala Raja Thai: Malaysia rangkul emas acara regu Sepak takraw Piala Raja Thai: Malaysia rangkul emas acara regu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725262494_MuhammadHaziqHairu.jpg)
Sepak takraw Piala Raja Thai: Malaysia rangkul emas acara regu
Skuad sepak takraw negara menepati ramalan merangkul emas acara regu lelaki Piala Raja Thai 2024 selepas menewaskan India 2-0 di Nakhon Ratchasima, Thailand.
![Imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan - PM Imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721657570_AnwarIbrahimsepak.jpg)
Imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan - PM
Perdana Menteri menambah dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara turut dibincangkan antaranya keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara.
![Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714481462_TBSUKMA.jpg)
Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak
Skuad Sepak Takraw Kelantan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos depan.
![PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025 PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707194286_MohdSumaliReduan.jpg)
PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025
Mohd Sumali berkata tawaran itu bagaimanapun perlu ambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana, sebelum langkah seterusnya.
![Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28 Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718967496_SukanSEA.jpg)
Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).
![Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717668701_SepakTakraw.jpg)
Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali
Berdasarkan prestasi di Piala Dunia lalu dan Sukan SEA Kemboja tahun lepas, peluang skuad negara mengatasi pasukan gergasi dunia itu adalah 50-50.