KUALA LUMPUR: Selepas meraih dua pingat emas pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia 2024 baru-baru ini, Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) optimis bahawa tidak mustahil untuk mengejutkan skuad tuan rumah pada Kejohanan Piala Raja Thai 2024 di Bangkok, nanti.
Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan berkata berdasarkan prestasi di Piala Dunia yang berlangsung di Stadium Titiwangsa dari 18-26 Mei dan Sukan SEA Kemboja tahun lepas, peluang skuad negara mengatasi pasukan gergasi dunia itu adalah 50-50.
"Insya-Allah, berdasarkan keputusan yang ada, tetapi saya tidak boleh terlalu yakin sebab ini adalah kejohanan yang besar, apatah lagi beraksi di gelanggang lawan di hadapan penonton mereka sendiri, apa-apa pun boleh berlaku. Sudah pasti kita nak kekalkan konsistensi kejuaraan kita ataupun konsistensi mengalahkan Thailand, walaupun bukan mudah.
"Penyokong nak tengok bagaimana kejayaan kita di negara luar pula, dan ini pun memberi cabaran yang besar kepada saya, ketua jurulatih Ahmad Jais Baharun dan para pemain," katanya ketika ditemui pada Majlis Penghargaan Generasi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang terlibat dalam Piala Dunia bulan lepas.
Namun, Mohd Sumali berkata sasaran bagi Piala Raja Thai 2024 yang dijangka diadakan September ini belum ditetapkan kerana masih tidak mendapat pengesahan mengenai acara yang akan dipertandingkan pada edisi kali ini.
"Yang pasti, regu dan berpasukan ada, saya tak pasti acara yang lain seperti doubles dan quadrant, mungkin ada mixed. Saya difahamkan acara yang dipertanding akan dimuktamadkan dalam minggu depan," katanya.
Pada Piala Dunia kali ini, Malaysia mencipta sejarah menamatkan penguasaan Thailand selepas mencatatkan kemenangan pada final acara regu dan double, masing-masing dengan keputusan 2-0, namun penantian 33 tahun untuk muncul juara acara regu berpasukan terus berpanjangan apabila tewas kepada Thailand 1-2 dalam aksi final.
Terdahulu, Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyampaikan apresiasi kepada anak peneroka Felda, Ahmad Jais serta dua pemain Muhammad Fetri Mohd Azwadi dan Baihakki A'rippin atas kejayaan mengharumkan nama negara di Piala Dunia baru-baru ini.
"Saya bersyukur kerana tak pernah berlaku sebelum ini. Saya berharap ia dapat meningkatkan minat lebih ramai anak Felda yang sememangnya sinonim dengan sukan sepak takraw untuk menceburi sukan ini dan beraksi di peringkat antarabangsa," kata Mohd Sumali.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024
Berdasarkan prestasi di Piala Dunia lalu dan Sukan SEA Kemboja tahun lepas, peluang skuad negara mengatasi pasukan gergasi dunia itu adalah 50-50. - Bernama
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.
Mohd Sumali mahu lihat penubuhan akademi berbanding stadium sepak takraw
Mohd Sumali berkata menerusi penubuhan akademi, PSM boleh kenal pasti bakat baharu yang mampu digilap untuk masa depan sukan sepak takraw.
Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi
Katanya, dana kerajaan sangat penting untuk memastikan sukan tradisi masyarakat Melayu ini terus berkembang dan mendapat tempat di hati rakyat.
Sepak takraw Piala Raja Thai: Malaysia rangkul emas acara regu
Skuad sepak takraw negara menepati ramalan merangkul emas acara regu lelaki Piala Raja Thai 2024 selepas menewaskan India 2-0 di Nakhon Ratchasima, Thailand.
Imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan - PM
Perdana Menteri menambah dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara turut dibincangkan antaranya keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara.
Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak
Skuad Sepak Takraw Kelantan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos depan.
PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025
Mohd Sumali berkata tawaran itu bagaimanapun perlu ambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana, sebelum langkah seterusnya.
Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).
Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali
Berdasarkan prestasi di Piala Dunia lalu dan Sukan SEA Kemboja tahun lepas, peluang skuad negara mengatasi pasukan gergasi dunia itu adalah 50-50.