KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Kim Pan Gon percaya anak buahnya mempunyai ketahanan mental untuk berdepan sebarang cabaran, termasuk menghadapi jaringan gol pada saat akhir dan bangkit semula untuk menang.
Pengendali dari Korea Selatan itu berkata sepanjang karier kejurulatihannya selama 25 tahun, beliau pernah mengalami saat sebegitu beberapa kali dan berpuas hati dengan cara pemain Harimau Malaya berhadapan dengan gol penyamaan itu, pada aksi Kejohanan Piala Raja Thailand menentang tuan rumah semalam.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai itu, Malaysia mendahului 1-0 sebelum Thailand menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak kedua, memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti, yang berakhir dengan kemenangan Malaysia 5-3.
"Kami sememangnya menjangkakan untuk menamatkan perlawanan (dalam masa 90 minit) tetapi berlaku (jaringan penyamaan). Sepanjang 25 tahun melatih, saya berada dalam situasi sebegini banyak kali, namun saya rasa pemain Harimau Malaya telah menunjukkan komitmen, semangat juang dan keyakinan sepanjang masa.
"Saya percaya mereka cukup kuat untuk mengatasi situasi seperti ini. Malam ini saya mempercayai sepenuhnya kesemua pemain kita dan mereka sudah melakukan yang terbaik," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan itu di Chiang Mai malam tadi.
Pada perlawanan itu, Malaysia mendahului menerusi La'Vere Corbin Ong pada minit ke-32 bagaimanapun Thailand menyamakan kedudukan apabila Pansa Hemviboon menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan babak kedua, yang membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
Penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed layak diangkat sebagai wira pasukan apabila menampilkan persembahan terpuji selepas menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya skuad Gajah Perang, termasuk menafikan percubaan Supachok Sarachat dalam penentuan sepakan penalti.
"...kami berada di bawah tekanan tetapi semua pemain bermain dengan hebat...mereka memberikan lebih 100 peratus untuk berjuang demi Malaysia. Ia persembahan yang hebat dan kita mendapat keputusan yang baik," kata Pan Gon.
Sementara itu, Corbin Ong mengakui ketenangan rakan sepasukannya dalam menangani tekanan, terutamanya ketika penentuan sepakan penalti menjadi kunci kejayaan mereka.
"Ada tekanan (tambahan) selepas kami menjaringkan gol dan ada juga tekanan ketika mengambil penalti. Tetapi kami adalah pemain profesional dan kami perlu menanganinya. Anda lihat karakter dan semangat semua pengambil sepakan penalti...semua pemain dalam pasukan boleh menangani tekanan dan itulah yang membawa kami ke final," katanya.
Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada 1972, 1976, 1977 dan 1978.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
![Pan Gon puji kekuatan mental Harimau Malaya Pan Gon puji kekuatan mental Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649803632_KimPanGon.jpg)
PAN GON: Saya rasa pemain Harimau Malaya telah menunjukkan komitmen, semangat juang dan keyakinan sepanjang masa. - Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Kawalan, tindakan tegas jenayah senjata api
Ikuti ulasan Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri berkenaan tindakan untuk memastikan kawalan dan keselamatan orang ramai daripada jenayah berkaitan senjata api.
ASEAN 2025 | 12 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739355489_USA.jpg)
Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS
Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar dana persekutuan berikutan kekuatan ekonomi semasa.
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
![Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027 Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718143056_KimPanGon.jpg)
Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
![Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711531289_KimPanGon.jpg)
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
![Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712722817_pangon.jpg)
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
![Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716889887_ShamieIszuan.jpg)
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
![Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711359234_KimPanGon.jpg)
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
![Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712722817_pangon.jpg)
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
![Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716290036_TBharimaumalaya.jpg)
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
![Usah buat Pan-gon kecewa lagi Usah buat Pan-gon kecewa lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712722817_pangon.jpg)
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
![Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709966249_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.