PELIK tapi benar itulah keadaan menimpa penyokong Selangor yang memohon penjelasan ekoran 30, 000 tiket aksi final Piala Malaysia menentang Kedah yang dijual di Stadium Shah Alam telah habis dijual kurang dari sejam selepas kaunter tiket dibuka.
Penyokong yang hadir di perkarangan stadium sejak jam 7 pagi lagi ternyata kecewa dan hairan bagaimana 30,000 tiket boleh habis dijual secepat itu.
Walau bagaimanapun, penjelasan yang diharapkan tidak dilayan dan penyokong mula pulang sejurus selepas itu.
Sebelum ini sebanyak 10,000 keping tiket dalam talian yang diperuntukkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk aksi final Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini telah habis dijual.
Tinjauan mendapati kesesakan teruk berlaku sejak laman sesawang www.tickethotline.com.my yang menjual tiket final Piala Malaysia dibuka bermula pukul 10 pagi, Rabu.
Skuad Selangor mara ke final setelah mencipta kejutan menerusi kemenangan agregat 2-0 ke atas juara bertahan, Pahang manakala Kedah melangkah ke final buat kali ke-11 setelah menang tipis 4-3 secara agregat ke atas Felda United pada aksi separuh akhir.
Astro Arena
Fri Dec 11 2015
Penyokong yang hadir di perkarangan stadium sejak jam 7 pagi lagi ternyata kecewa dan hairan bagaimana 30, 000 tiket boleh habis dijual secepat itu.
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan satu projek pembinaan rumah mampu milik melibatkan pelaburan bernilai RM13 bilion, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Seoul dilitupi salji, banyak penerbangan dibatal, tangguh
Seoul diliputi salji melebihi 16 sentimeter (cm) pada Rabu, mencatat rekod baharu bagi November sejak pemerhatian cuaca moden dimulakan pada 1907, menurut agensi cuaca negara.
Bunuh ibu, bapa: Tertuduh diarah jalani pemeriksaan mental sebelum jatuh hukum
Mahkamah menetapkan 27 Januari depan untuk pengurusan kes.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat
Jabatan Imigresen mengenal pasti kawasan perumahan khususnya di flat yang perlu pemantauan kerap dalam usaha membanteras kewujudan koloni pendatang asing.
Rusia-ASEAN: Hubungan dua hala diperkukuh, Malaysia sasar transformasi digital lebih mapan - TEEAM
Malaysia terus memperkukuh hubungan dua hala dengan negara-negara luar dalam usaha mencapai matlamat transformasi digital negara, selaras dengan pelancaran dasar penting.
Mengapa membuat kaedah pajakan dan bukan pembelian secara berperingkat?
Ahli Parlimen Padang besar bertanya pajakan kereta api berbanding membuat pembelian secara berperingkat. “Mengapa pajakan kereta api dengan China walhal KTMB telah melakukan kerjasama dan berkongsi kepakaran dengan Jepun sejak 2019”katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Indeks Harga Pengeluar terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya.
Alumni Rusia berperanan sebagai pemangkin kukuhkan hubungan Rusia-ASEAN
Malaysia dicadang tubuhkan persatuan alumni graduan Rusia sendiri sebelum ambil inisiatif untuk mewujudkan persatuan serupa di peringkat ASEAN.
Tentera Lubnan sedia dihantar ke selatan Lubnan selepas gencatan senjata
Tentera memaklumkan bahawa berdasarkan permintaan kerajaan, pasukan itu akan ditempatkan di selatan Lubnan dengan penyelarasan UNIFIL.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.