Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mahu anak buahnya mempamerkan aksi bertenaga dan keazaman tinggi untuk mencapai kemenangan pada final Piala Malaysia edisi tahun ini seterusnya menebus kekecewaan yang dialami pasukan itu pada aksi sama dua tahun lalu.
Kedah akan berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini, lawan sama yang mengecewakan mereka pada final Piala Malaysia 2017 dengan kekalahan 0-2.
Aidil Sharin berkata peluang beraksi di pentas akhir bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai, justeru setiap pemain skuad Lang Merah perlu memanfaatkan peluang kali ini dan menjulang piala berprestij tanah air itu.
"Insya-Allah, saya percaya kepada semua pemain, harapan saya agar keputusan di final nanti memberi keputusan terbaik untuk pasukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa sesi latihan pasukan Kedah sempena final Piala Malaysia 2019 di Stadium Darul Aman, di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Aidil Sharin berkata ketiadaan dua pemain pertahanan, Renan Alves dan Mohd Rizal Khazali, yang tidak dapat beraksi kerana digantung permainan tidak akan memberi masalah besar kerana ada pemain lain yang mampu menggalas tanggungjawab mengekang JDT.
Sementara itu, bekas pemain JDT yang kini bersama Lang Merah, Mohd Azamuddin Akil berharap Kedah dapat membuat kejutan Sabtu ini memandangkan bekas pasukannya itu memiliki barisan pemain hebat dan kuat.
"Semua orang tahu JDT ni pasukan yang kuat, kami datang ke Bukit Jalil bukan sebagai pasukan pilihan, tapi kena main macam biasa seperti berlawan dengan Pahang (di peringkat separuh akhir), semasa perlawanan di Pahang, kami tidak fikir apa dan kami enjoy bermain hingga layak ke peringkat akhir ini," katanya.
Bagi pemain pertahanan Kedah, Muhammad Shakir Hamzah pula, tugas berat menanti pasukannya terutama bagi pemain yang dipilih menggantikan Renan dan Rizal yang bertanggungjawab menutup peluang JDT menjaringkan gol.
Beliau bagaimanapun optimis, jika Kedah mampu mempamerkan permainan berpasukan dan tekad yang tinggi keputusan positif mampu dicapai.
Turut berkongsi pandangan, penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Che Kasim yang bertekad tidak mahu gawang Kedah dibolosi dengan mudah oleh JDT.
"Kami kena bagi tumpuan terutama rembatan luar kotak dan hantaran berbahaya mereka, namun ini Piala Malaysia tentunya saya akan buat yang terbaik dalam misi menjulang kejuaraan kali ini," katanya yang melihat tiga pemain JDT iaitu Mohd Safawi Rashid, Gonzalo Cabrera dan Diogo Luis Santo sebagai ancaman utama Kedah.
Kedah yang sebelum ini menjulang Piala FA edisi tahun ini melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia 2019 menerusi kelebihan gol di tempat lawan selepas mencatat keputusan agregat 8-8 menewaskan Pahang pada peringkat separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 30 2019
![Piala Malaysia: Kedah mahu tebus kekecewaan final 2017 Piala Malaysia: Kedah mahu tebus kekecewaan final 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71572449882_AidilSharinSahak.jpg)
Aidil Sharin berkata ketiadaan dua pemain pertahanan yang tidak dapat beraksi kerana digantung tidak akan memberi masalah besar kerana ada pemain lain yang mampu menggalas tanggungjawab mengekang JDT. - Gambar fail
![Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720321369_kontinjennegara.jpg)
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
AWANI Ringkas: Susulan PRK DUN Sungai Bakap
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan' EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720320065_SpainsDaniCarvaja.jpg)
EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'
Anthony Taylor menerima penghinaan ketika di bilik persalinannya oleh barisan kejurulatihan pasukan Jerman.
![Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720321132_MajlisSambutanMaal.jpg)
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Ratusan pelancong yang terkandas di Cancun berpusu-pusu ke lapangan terbang antarabangsa bandar itu pada Sabtu bagi menjadualkan semula penerbangan mereka dan pulang ke tanah air selepas Taufan Beryl melanda pantai Mexico.
Presiden baharu Iran berikrar mendengar rintihan rakyat
Presiden terpilih Iran Masoud Pezeshkian dalam ucaptamanya sebagai Presiden - berikrar akan menjadi telinga yang mendengar kata-kata rakyat.
Penduduk Gaza diserang penyakit berjangkit dan kutu
Penduduk yang berlindung di kem pelarian Deir Al-Balah berkata bahawa penyakit berjangkit dan kutu sedang merebak secara meluas disebabkan kekurangan bekalan air bersih dan bahan kebersihan diri.
![334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta 334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720318919_ZaharuddinAlias.jpg)
334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta
Geran berjumlah RM1.67 juta telah dikeluarkan bagi membantu usahawan kumpulan B40 dan asnaf.
Kerajaan Madani insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Perdana Menteri menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap susulan kekalahan calon Gabungan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung di kawasan itu, pada Sabtu.
![Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706680207_scam.jpg)
Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.
![Khairul Azman ucap selamat tinggal buat KDA FC Khairul Azman ucap selamat tinggal buat KDA FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666230697_TBKhairulAzman.jpg)
Khairul Azman ucap selamat tinggal buat KDA FC
Khairul Azman merupakan individu kedua melangkah keluar dari kelab itu selepas bekas pengendali Aidil Sharin Sahak pada Isnin.
![KDA FC umum penamatan khidmat ketua jurulatih Aidil Sharin KDA FC umum penamatan khidmat ketua jurulatih Aidil Sharin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666038094_AidilSharinSahak.jpg)
KDA FC umum penamatan khidmat ketua jurulatih Aidil Sharin
Ahli lembaga pengarah kelab memberi keutamaan kepada perancangan bagi musim 2023.
![Penalti diperoleh JDT lemahkan moral pemain KDA FC - Aidil Sharin Penalti diperoleh JDT lemahkan moral pemain KDA FC - Aidil Sharin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664937690_KDAFCJDTFC.jpg)
Penalti diperoleh JDT lemahkan moral pemain KDA FC - Aidil Sharin
Sepakan penalti dan kesilapan pemain pertahanan yang menghadiahkan gol mudah kepada JDT dilihat menjadi faktor KDA FC gagal meraih mata.
![Pemain KDA FC perlu belajar dari kesilapan - Ketua Jurulatih Pemain KDA FC perlu belajar dari kesilapan - Ketua Jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664684285_TBBOLASEPAK.jpg)
Pemain KDA FC perlu belajar dari kesilapan - Ketua Jurulatih
Pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dan tidak mensia-siakannya.
![Liga Super: Kesempatan Kedah Darul Aman turunkan lima import sekali gus Liga Super: Kesempatan Kedah Darul Aman turunkan lima import sekali gus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663107635_ligasuper.jpg)
Liga Super: Kesempatan Kedah Darul Aman turunkan lima import sekali gus
Selangor dianggap mempunyai motivasi terbaik selepas menundukkan Sabah di laman lawan.
![Aidil Sharin puji persembahan anak buah benam Sarawak United Aidil Sharin puji persembahan anak buah benam Sarawak United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658283150_Mardi.jpg)
Aidil Sharin puji persembahan anak buah benam Sarawak United
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama, pasukannya masih berjaya mengawal perlawanan dengan baik.
![Aidil Sharin puas hati persembahan pemain muda KDA FC Aidil Sharin puas hati persembahan pemain muda KDA FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647138428_TBKEDAHFC.jpg)
Aidil Sharin puas hati persembahan pemain muda KDA FC
Walaupun tanpa kesebelasan utama dan pemain import, pemain muda yang diturunkan berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang.
![Syafiq Ahmad kembali sarung jersi Kedah Syafiq Ahmad kembali sarung jersi Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640642632_TBKDHFC.jpg)
Syafiq Ahmad kembali sarung jersi Kedah
Ia mampu beri kekuatan baharu dalam corak serangan skuad Hijau Kuning bagi menempuhi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.
![Pasukan KDA FC punyai semangat juang begitu tinggi - Sanusi Pasukan KDA FC punyai semangat juang begitu tinggi - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626509246_mesyuaratMajlis.jpg)
Pasukan KDA FC punyai semangat juang begitu tinggi - Sanusi
Presiden KFA Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau berbangga dengan persembahan dipamerkan anak buah ketua jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak.
![Pasukan KDA FC perlu fokus terhadap persiapan hadapi perlawanan Khamis ini Pasukan KDA FC perlu fokus terhadap persiapan hadapi perlawanan Khamis ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636945631_AidilSharinSahak.jpg)
Pasukan KDA FC perlu fokus terhadap persiapan hadapi perlawanan Khamis ini
Jurulatih kelahiran Singapura itu yakin, dengan strategi dan persiapan mencukupi, tidak mustahil pasukannya dapat lakukan yang terbaik.