Penyokong perlawanan bola sepak Piala FA antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan pasukan Pahang yang bakal berlangsung Ahad ini (23 April) diberi amaran supaya tidak bertindak di luar kawalan undang-undang.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata amaran keras itu dikeluarkan berikutan unsur-unsur provokasi yang dilihat sedang tular di laman sosial Facebook Twitter dan WhatsApp yang dipercayai dikeluarkan oleh penyokong kedua-dua pasukan.
"Kami akan kerahkan 1,124 orang anggota untuk mengawal keadaan dan pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau penyokong pasukan yang cuba melakukan provokasi atau sebarang perlakuan dan perbuatan yang tidak mematuhi undang-undang.
"Pihak polis juga memberi jaminan untuk mengawal keselamatan seluruh pasukan pelawat dan mereka dinasihatkan untuk melaporkan setiap aktiviti yang mereka jalankan untuk tujuan keselamatan.
"Ini kerana kami tidak mahu insiden membaling cat atau jenayah yang lain berlaku," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini hari ini.
"Jadi kami menyeru orang ramai untuk mematuhi arahan yang diberikan petugas polis dari semasa ke semasa agar keamanan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara.
"Kami tidak mahu ada pihak yang cuba mewujudkan sebarang suasana tidak harmoni semasa perlawanan berlangsung, tunjukkanlah sikap yang baik sebagai penyokong dan patuhi sepenuhnya garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata Sulaiman.
Beliau turut menasihatkan penyokong untuk tidak membawa sebarang bentuk bahan letupan atau senjata berbahaya sama ada di luar atau di dalam kawasan stadium dan melarang sebarang bentuk perarakan atau perhimpunan sebelum atau selepas perlawanan. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2017

SULAIMAN: Kami menyeru orang ramai untuk mematuhi arahan yang diberikan petugas polis dari semasa ke semasa agar keamanan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Piala FA: Penyokong jangan cuba buat provokasi - polis
Amaran keras itu dikeluarkan berikutan unsur-unsur provokasi yang dilihat sedang tular di laman sosial Facebook Twitter dan WhatsApp yang dipercayai dikeluarkan oleh penyokong kedua-dua pasukan.

Pemandu wanita dalam kemalangan remaja berbasikal, bukan anak kenamaan
Polis menafikan pemandu wanita yang merempuh lapan remaja lelaki berbasikal sehingga maut dalam kejadian di sini Sabtu lepas, adalah anak orang kenamaan.