KUALA LUMPUR: Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan turun mempertahankan Piala FA menentang PDRM FC di laman sendiri di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dalam pusingan 16 pada edisi 2023.
Majlis undian yang berlangsung semalam menyaksikan JDT bersama lima lagi pasukan teratas Liga Super musim lepas iaitu naib juara Piala FA 2022, Terengganu FC (TFC), Sabah FC, Negeri Sembilan FC, Selangor FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC, selain dua pasukan teratas Liga Premier 2022, Kelantan FC serta Kuching City FC mendapat slot automatik ke pusingan 16 atau kedua selain menjadi tuan rumah.
Tiga pasukan terbawah Liga Super 2022 iaitu Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC dan Penang FC pula terpaksa bertarung merebut slot ke pusingan 16 bersama tiga pasukan terbawah Liga Premier musim lepas serta enam lagi pasukan Liga M3 dalam pusingan pertama.
Bagaimanapun, format undian menetapkan empat daripada baki 12 pasukan yang akan merebut slot ke pusingan 16 mendapat 'bye' sekiranya diletakkan dalam posisi sembilan hingga 12 dan terpaksa berkunjung ke gelanggang lawan.
Situasi itu menyaksikan TFC tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir apabila mendapat laluan mudah menentang pasukan Liga M3, Melaka FC yang mendapat 'bye', manakala Sabah FC akan berentap dengan satu lagi pasukan Liga Premier, Kelantan United FC yang turut mendapat 'bye'.
Negeri Sembilan pula akan melayan kunjungan pasukan Liga M3 yang turut mendapat 'bye' iaitu PIB Shah Alam FC diikuti juara lima kali, Selangor yang akan menanti pemenang di antara Perak FC dan Sri Pahang pada pusingan pertama.
Kedah, yang juga menjuarai Piala FA sebanyak lima kali pula akan bertemu Penang pada pusingan pertama bagi menentukan tempat ke pusingan seterusnya menentang Kuching City FC.
Naib juara Liga Premier 2022, Kelantan FC pula akan membuat perhitungan bersama pemenang pusingan pertama melibatkan dua pasukan Liga M3 iaitu Manjung City FC dan Sains FC, manakala KL City akan melawan pasukan Liga M3 sama ada Imigresen FC atau Kuala Kangsar BRM FC yang bertemu pada pusingan pertama.
Saingan Piala FA akan bermula 7 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
Undian Piala FA 2023 yang berlangsung pada Jumaat menyaksikan sebanyak 20 pasukan akan bersaing untuk edisi ke-32. - Facebook Malaysian Football League
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu mencatat gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.
FAM jawab kenyataan Fandi Ahmad, pengadil buat keputusan tepat
FAM mempertahankan keputusan pengadil sewaktu Sri Pahang bertemu JDT dalam perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu.
'Sesuatu yang besar akan berlaku' - TMJ
Pemilik JDT itu menggambarkan bakal ada perkara yang sudah semestinya membawa kelebihan dan keuntungan buat kedua-dua belah pihak.
Tewas kepada JDT, Fandi kesal mutu pengadilan
Pengendali Sri Pahang FC Fandi Ahmad kesal dengan mutu pengadilan yang disifatkannya sebagai berat sebelah ketika pasukannya berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Liga Super: JDT kerja keras tewaskan Sri Pahang 3-1 di laman sendiri
JDT menamatkan perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Bergson pada minit kecederaan, untuk menjadikan keputusan 3-1.
Jurulatih baharu Harimau Malaya diumum hari ini - TMJ
TMJ berkata, jurulatih baharu bagi skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda (skuad bawah 23 tahun) kebangsaan akan diumumkan pada Isnin.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan
Bekas pengendali JDT, Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya, sebelum ini.