KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Melaka United 2-1 pada aksi suku akhir di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.
Gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri, langkah tempang Melaka bermula apabila gawang Skuad Kancil berjaya dibolosi menerusi tandukan Ahmad Hazwan Bakri seawal minit keempat perlawanan.
Berbaki enam minit sebelum wisel penamat ditiup, kapten pasukan Melaka, Sony Norde mengikat kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti.
Bergson Da Silva bagaimanapun muncul wira dalam memastikan JDT ke separuh akhir selepas menjaringkan gol pada masa kecederaan.
Di KOTA KINABALU, Selangor FC turut melangkah ke peringkat separuh akhir saingan Piala FA apabila menewaskan pasukan Sabah FC 2-0 dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Stadium Likas.
Selangor mendahului seawal minit pertama apabila Brendan Gan bijak memanfaatkan kelekaan pertahanan lawan dengan menghantar bola hantaran lolos yang disudahkan Hyuri Henrique dengan kemas.
Skuad Gergasi Merah kemudian menambah jaringan pada minit ke-81 menerusi satu serangan balas yang gagal dihalang Sabah, apabila Herlison Caion cemerlang menyudahkan hantaran bola lolos Hein Htet Aung.
Turut melangkah ke pusingan separuh akhir, Penang FC yang menewaskan Sri Pahang FC 5-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Sri Pahang membuka tirai jaringan menerusi Andres Steven Rodriguez pada minit ke-11 diikuti Azwan Aripin pada minit ke-19.
Babak kedua perlawanan, giliran Penang bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan T Saravanan (minit ke-45) dan Hilal Alhelwe (minit ke-85) sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.
Penang terus rancak menambah tiga lagi jaringan gol menerusi Lucas Espindola Da Silva (minit ke-96) dan Hilal (minit ke-99) diikuti K. Thivandran (minit ke-116) bagi menoktahkan kemenangan.
Dalam pada itu Terengganu FC (TFC) juga berjaya mara ke separuh akhir Piala FA selepas membenam Kuching City FC 4-1 dalam aksi suku akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022

Pemain pertahanan Johor Darul Tazim (JDT) Shane Thomas Lowry (kanan) cuba menjaringkan gol semasa beraksi pada Perlawanan Bola Sepak Piala FA peringkat suku akhir di Stadium Hang Jebat dekat Krubong. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Ngeri! Aksi penjaga gol tujah kepala Jean-Philippe Mateta hingga terima 25 jahitan
Aksi tersebut terpaksa dihentikan seketika akibat pegawai perubatan perlu mengusung keluar Mateta dan Crystal Palace buat pertukaran pemain.

Piala FA Inggeris: Megah tewaskan Liverpool, Plymouth tersungkur di depan Man City
Nico O'Reilly, menyamakan kedudukan 1-1 dan terus memacu kebangkitan apabila menghadiahkan jaringan kedua pada minit ke-76.

Kalau ada perkara yang saya rindu, ia adalah Old Trafford - Ten Hag
Sehingga kini, Ten Hag masih lagi jelas tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana kelab.

Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.

Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle
Jaringan penalti Ryan Hardie melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu EPL, Liverpool.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.

Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.

Piala FA Inggeris: Anak buah Ruud van Nistelrooy tunggu Manchester United
Leicester City diundi bertemu Manchester United dalam pusingan keempat Piala FA Inggeris.

Piala FA Inggeris: Fernandes puji aksi wira Altay Bayindir
Pemain antarabangsa Turki itu hanya membuat penampilan kompetitif kelimanya untuk Red Devils sejak tiba dari Fenerbahce pada September 2023.