KUALA LUMPUR: Pasukan Liga M3, Budak Rumah Murah (BRM) FC bukanlah tandingan sebenar buat gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas mudah membelasah skuad amatur itu, 10-0, pada pusingan pertama Piala FA 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor malam ini.
Hujan yang turun ternyata tidak mengganggu rentak JDT untuk tampil garang apabila memerlukan hanya dua minit untuk membuka tirai jaringan menerusi 'tolakan tumit' penyerang Argentina Fernando Martin Forestieri, hasil daripada hantaran silang sebelah kanan oleh pemain sayap, Muhammad Safawi Rasid.
JDT terus selesa di depan selang lima minit kemudian apabila pemain berpengalaman, Safiq Rahim mudah menolak masuk gol kedua diikuti sepakan percuma Muhammad Safawi yang tepat menuju ke gawang BRM FC pada minit ke-18 sebelum Forestieri menggandakan jaringannya pada minit ke-25 dan melengkapkan hatrik menerusi sepakan penalti pada minit ke-42 untuk menjadikan pasukannya mendahului 5-0 pada separuh masa pertama.
'Harimau Selatan' terus mempamerkan taring pada babak kedua apabila giliran tonggak pertahanan import, Mauricio Dos Santos menambah derita pasukan dari Perak itu dengan menyumbat masuk jaringan keenam pada minit ke-55 dan malang terus menimpa pelawat selepas terpaksa bermain dengan 10 pemain susulan layangan kad kuning kedua kepada pemain pertahanan Mohamad Haiqal Afendi yang menjatuhkan pemain gantian JDT Moussa Sidibe, di dalam kotak penalti.
Moussa kemudiannya tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk gol ketujuh pada minit ke-69, disusuli jaringan kelapan oleh Daryl Sham K.K. George pada minit ke-81 manakala pemain naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh turut menemui sentuhan penyudah bagi gol kesembilan pada minit ke-88 sebelum Muhammad Daniel Amier Norhisham melengkapkan kemenangan besar 10-0 untuk JDT pada masa kecederaan.
Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC pula tidak kurang hebatnya apabila turut berpesta gol dengan menyingkirkan Langkawi FC 8-0, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Penyerang Muhammad Fakrul Aiman Sidid menjaringkan dua gol pada minit ke-13 dan ke-29 manakala J. Partiban turut menggegar jaring pada minit ke-15 disusuli jaringan oleh Zhafri Yahya (45'), Giancarlo Gallifuoco (72'), Muhammad Hadin Azman (75'), Paolo Josue (86') dan Kevin Koubemba (89').
Aksi di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya menyaksikan penyerang import, Uche Agba meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-51 dan sepakan penalti pada minit ke-72 untuk membantu Sarawak United FC membenam Ultimate FC, 7-0.
Lima lagi gol Sarawak United disumbangkan Boris Kok pada minit kesembilan diikuti Nur Shamie Iszuan pada minit ke-58, Ahmad Khairil Anuar (73'), Zharmein Ashraf (81') dan Francis Kone (81').
Sementara itu, Petaling Jaya City FC bangkit daripada ketinggalan untuk menempah slot ke pusingan kedua selepas menumpaskan pasukan Liga Premier, Kelantan FC, 2-1, dalam aksi sengit di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Penyerang Fadel Antar Mohammad terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi gol pembukaan pada minit ke-18 namun PJ City tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Darren Lok enam minit kemudian sebelum pemain gantian, P. Rajes muncul wira skuad kendalian P. Maniam apabila tandukannya pada minit ke-79 mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022

Hujan yang turun ternyata tidak mengganggu rentak JDT untuk tampil garang. - Gambar/ FB JOHOR Southern Tigers

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Ngeri! Aksi penjaga gol tujah kepala Jean-Philippe Mateta hingga terima 25 jahitan
Aksi tersebut terpaksa dihentikan seketika akibat pegawai perubatan perlu mengusung keluar Mateta dan Crystal Palace buat pertukaran pemain.

Piala FA Inggeris: Megah tewaskan Liverpool, Plymouth tersungkur di depan Man City
Nico O'Reilly, menyamakan kedudukan 1-1 dan terus memacu kebangkitan apabila menghadiahkan jaringan kedua pada minit ke-76.

Kalau ada perkara yang saya rindu, ia adalah Old Trafford - Ten Hag
Sehingga kini, Ten Hag masih lagi jelas tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana kelab.

Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.

Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle
Jaringan penalti Ryan Hardie melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu EPL, Liverpool.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.

Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.

Piala FA Inggeris: Anak buah Ruud van Nistelrooy tunggu Manchester United
Leicester City diundi bertemu Manchester United dalam pusingan keempat Piala FA Inggeris.

Piala FA Inggeris: Fernandes puji aksi wira Altay Bayindir
Pemain antarabangsa Turki itu hanya membuat penampilan kompetitif kelimanya untuk Red Devils sejak tiba dari Fenerbahce pada September 2023.