KUALA LUMPUR: Skuad pelayaran Malaysia "The Monsoon" hanya tinggal satu peluang terakhir untuk melayakkan diri ke siri final Piala Emas Liga Pelayar (SSL) di Bahrain.
Dalam siri kelayakan di Switzerland, Malaysia masih lagi bersaing rapat dengan India dalam Kumpulan 7 kerana mereka hanya menduduki tempat ketiga dalam dua perlumbaaan dan mengumpul 10 mata keseluruhan selepas lima perlumbaan.
Sebaliknya India kini yang mengumpul tujuh mata, ketinggalan tiga mata selepas dikenakan penalti.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pasukan, perlumbaan kelima tidak berlangsung sebagaimana dirancang apabila mereka berlanggar dengan pasukan India, mengakibatkan satu lubang kecil.
Berikutan insiden itu, India menerima penalti kerana pelanggaran itu sementara Malaysia diberikan mata tambahan selepas melakukan tuntutan.
Pakar taktik Mohamad Faizal Norizan mengakui bagai ada yang tidak kena pada hari perlumbaan itu dan beliau mahu kru pasukan melupakannya dan bangkit kembali berjuang.
"Kami tidak bernasib baik hari ini, jadi kami akan cuba menamatkan perlumbaan kerana Perlumbaan 5 menyaksikan pelanggaran dengan pasukan India, saya berharap kami akan bangkit dengan lebih kuat sebagai sebuah pasukan untuk layak ke Bahrain," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sementara itu, Afrika Selatan menguasai kedua-dua perlumbaan keempat dan kelima dengan catatan 49.32 saat (s), diikuti India (+58s) dan Malaysia (+1:31s) masing-masing pada tempat kedua dan ketiga.
Skuad Ian Ainslie berada di kedudukan teratas Kumpulan 7 dengan 13 mata selepas menamatkan Perlumbaan 4 dan 5 dengan mata maksimum pada Sabtu dan menjadi pasukan pertama dalam kumpulan itu layak ke siri final di Bahrain.
Dengan hanya satu lagi tempat ke siri final, Afrika Selatan boleh berehat dan menyaksikan pertandingan antara Malaysia dan India kerana hanya satu pasukan sahaja diperlukan untuk mengisi tempat kedua teratas Kumpulan 7 dalam siri kelayakan.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022

Dalam siri kelayakan di Switzerland, Malaysia hanya mengumpul 10 mata keseluruhan selepas lima perlumbaan. - Facebook Star Sailors League

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Malaysia tekad kibar Jalur Gemilang di Kejohanan Dunia Pelayaran
Pasukan SSL Malaysia akan beraksi di Pusingan Akhir Piala Emas Star Sailors League (SSL) di Gran Canaria, Sepanyol, November ini.

Piala Emas SSL: Peluang terakhir The Monsoon layakkan diri ke siri final di Bahrain
Malaysia masih lagi bersaing rapat dengan India dalam Kumpulan 7 kerana mereka hanya menduduki tempat ketiga dalam dua perlumbaaan.

Piala Emas SSL: Malaysia di belakang Afrika Selatan selepas tiga perlumbaan
The Monsoon menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 49 minit 43 saat, di belakang pendahulu Afrika Selata.