KUALA LUMPUR: Skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara terpaksa berpuas hati menutup kempen Kejohanan Hoki 5s Piala Dunia 2024 di kedudukan keenam selepas tewas 4-8 kepada Uruguay dalam aksi penentuan kedudukan kelima dan keenam di Muscat, Oman, semalam.
Empat gol skuad negara disumbang Zati Alyani Muhamad Zubir (4' dan 19') serta Nur Zafirah Aziz dan Nurul Safiqah Mat Isa masing-masing pada minit keenam dan ke-25.
Uruguay berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi enam jaringan Teresa Viana (1' 8' 16' 23' 24' dan 25') serta Manuela Vilar dan Florencia Penalba masing-masing pada minit ketiga dan ke-20.
Pengendali skuad hoki 5s negara, Nabil Fiqri Mohd Noor menyifatkan anak buahnya telah memberikan persembahan terbaik pada pentas kejohanan tertinggi yang disertai mereka walaupun terpaksa menerima hakikat tewas pada Uruguay pada perlawanan penentuan berkenaan.
"Mereka menunjukkan satu persembahan yang baik dan bertenaga untuk memberi satu pertahanan yang hebat kepada pasukan Uruguay namun kami terima hakikat pasukan Uruguay lebih mendominasi dan mengambil peluang memastikan kemenangan milik mereka.
"Namun prestasi yang ditampilkan (pemain) sepanjang kejohanan ini berlangsung menunjukkan peningkatan daripada pertama hingga klasifikasi kelima dan keenam jadi saya sebagai jurulatih kebangsaan amat gembira," katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024

Skuad wanita negara disifat telah memberikan persembahan terbaik pada pentas kejohanan tertinggi yang disertai itu. - Gambar/ FB MHC
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.

Laungan 'Malaysia Boleh' bergema di bumi Eropah
PASUKAN paintball Malaysia yang bertarung di kejuaraan NXL Eropah berjaya memperoleh pingat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.