SKUAD Garuda mencipta kejutan ketika berjaya menempah slot di pusingan kalah mati Piala Asia Qatar 2023 setelah muncul antara tiga pasukan terbaik kumpulan D dengan juara edisi 2015, Australia gah di takhta kumpulan.
Tonggak pertahanan Pratama Arhan yang beraksi dalam semua perlawanan peringkat kumpulan Indonesia percaya pasukannya mampu mengecewakan The Socceroos.
"Persediaan kami berdepan Australia sangat rapi dan teliti. Pasukan bertungkus-lumus mendedikasikan sepenuh masa dan usaha setimpal demi memastikan setiap aspek permainan kami diperhalusi menjelang perlawanan," kata Arhan yang berusia 22 tahun itu.
"Peluang bermain dalam Pusingan 16 terbaik amat bermakna buat Indonesia dan para pemain berusaha keras untuk mempamerkan aksi terbaik. Kami sedar ia sukar tetapi kami akan mencuba yang terbaik.
"Di bawah bimbingan ketua jurulatih Shin Tae-yong, kami berjaya menafikan Vietnam buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun. Selain itu, Skuad Garuda turut mempamerkan konsistensi dengan mencetak gol dalam setiap perlawanan kumpulan."
Untuk perkembangan terkini dan berita saingan Piala Asia 2023, KLIK DI SINI!
Sejak pertemuan mereka pada tahun 1967, Australia hanya tewas sekali kepada pasukan Asia Tenggara -- kekalahan 1-0 dalam Kelayakan Piala Dunia FIFA 1982. Arhan yang baru-baru ini menandatangani kontrak bersama pasukan Liga K1, Suwon FC menganggap Indonesia perlu melakukan sesuatu.
"Barisan kejurulatihan telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk menganalisis kekuatan dan kelemahan Australia, merangka strategi terbaik agar kelebihan memihak kami.
"Kami turut menjalani sesi latihan yang padat demi meningkatkan kemahiran dan tahap kecergasan kami, dan kami akan lakukan apa sahaja untuk pastikan kecemerlangan di atas padang."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sun Jan 28 2024

Arhan yang baru-baru ini menandatangani kontrak bersama pasukan Liga K1, Suwon FC menganggap Indonesia perlu melakukan sesuatu. - Foto Stadium Astro

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kelayakan Piala Asia 2027: Gagal sediakan venue, Nepal bertemu Harimau Malaya di Malaysia bulan hadapan
Paul berkata venue perlawanan terpaksa diubah susulan kegagalan Nepal menyediakan gelanggang tuan rumah bagi perlawanan pertama berkenaan.

Prinsip pintu terbuka Cklamovski penting tetapi pemilihan pemain harus teliti - Pakar
Prinsip pintu terbuka Ketua Jurulatih Kebangsaan Peter Cklamovski yang memberi peluang sama rata kepada semua pemain mencerminkan visi progresifnya.

Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.

Kelayakan Piala Dunia: Indonesia sah ke pusingan ketiga, layak ke Piala Asia
Indonesia layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan akan beraksi dalam Piala Asia 2027 selepas menewaskan Filipina 2-0 malam tadi.

Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.

Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishkek.

Harimau Malaya tewaskan Perak FC 1-0 dalam aksi pemanas badan
Ia sebagai persediaan menjelang dua perlawanan penting Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.

FAM puas hati keadaan padang SNBJ menjelang aksi Harimau Malaya, Taiwan
Permukaan padang SNBJ berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Taiwan.

Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.

Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.