INDONESIA 2 FILIPINA 0
Indonesia sah layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan akan beraksi dalam Piala Asia 2027 selepas menewaskan Filipina 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.
Thom Haye meletakkan Garuda di depan pada minit ke-32 sebelum Rizky Ridho menggandakan kelebihan itu pada minit ke-56.
Dengan kemenangan itu, Indonesia sah menduduki tempat kedua Kumpulan F dengan 10 mata, 15 mata di belakang juara kumpulan itu, Iraq.
Ini selepas Vietnam, yang masih berbaki satu perlawanan, tidak lagi dapat memintas kedudukan mereka selepas hanya mengumpulkan enam mata ketika ini.
Sebagai rekod, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Asia dan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia manakala dua pasukan terbawah sah gagal ke Piala Dunia dan perlu menempuh pusingan ketiga kelayakan Piala Asia. - Stadium Astro
Astro Arena
Tue Jun 11 2024

Indonesia sah layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan akan beraksi dalam Piala Asia 2027 selepas menewaskan Filipina 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. - Stadium Astro

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas
Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).
Suruhanjaya Kredit Pengguna diharap tingkat keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan. Tambah Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, suruhanjaya berkenaan juga diharap dapat menyeleraskan kontrak pembelian demi melindungi pengguna. #DialogPoketRakyat
RUU Kredit Pengguna selia semua pembelian secara kredit oleh pengguna - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna dijangka akan memusatkan semua perundangan dan kuasa penyeliaan bagi transaksi pembelian secara kredit oleh pengguna di bawah satu agensi persekutuan. Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan pula berharap RUU ini akan menyelia semua institusi kewangan dibawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). #DialogPoketRakyat
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas - Penganalisis
Skim Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) yang ditawarkan mempunyai pelbagai perangkap hutang kepada pengguna. Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata perangkap tersebut dalam bentuk kadar kredit yang tinggi. Bagi Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof pula perangkap itu dalam bentuk promosi yang menggiurkan. Manakala Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan berkata perangkap tersebut melibatkan kontrak jualan atau pinjaman yang sukar difahami pengguna. #DialogPoket Rakyat

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.

Neymar kembali sertai skuad kebangsaan Brazil selepas cedera 17 bulan
Neymar kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan Brazil menjelang perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Colombia dan Argentina.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

Kelayakan Piala Dunia: Roberto Mancini, Arab Saudi berpisah
Mancini bergelut untuk memberikan impak sepanjang peranannya sebagai ketua jurulatih apabila hanya memenangi tujuh daripada 18 perlawanan.

Indonesia jadi mangsa gol ala Puskas Mohammed Marhoon
Jaringan yang diambil daripada sepakan percuma itu mencuri tumpuan ramai selepas manerjah tiang gol sebelum masuk ke gawang skuad Garuda.

Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.

Prestasi skuad Indonesia: Ada apa sebenarnya dengan sentuhan magis Shin Tae Yong?
Ramai yang kini membuka mata dan gembira dengan prestasi memukau yang ditampilkan oleh skuad bola sepak Indonesia kebelakangan ini.

Ranking Harimau Malaya jatuh ke-138 dunia
Skuad negara jatuh enam anak tangga daripada kedudukan ke-132 dunia kepada 138 dunia.

Komisioner Perlawanan FIFA tak benarkan berlatih di SNBJ - Hannah
Keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan cuaca yang sering hujan di waktu petang dan malam sejak kebelakangan ini.

Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon menuntut janji yang diberikan bahawa kualiti padang akan berada dalam keadaan terbaik.

Kelayakan Piala Dunia: Jurulatih Oman nak tengok dulu keadaan padang
Oman tidak melatah di sebalik desas-desus mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi perlawanan Selasa ini.