PENYOKONG yang hadir ke Stadium Al-Janoub bersatu melaungkan 'Free, free Palestine!' ketika pertembungan antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertemu Palestin dalam aksi peringkat kumpulan Piala Asia awal pagi tadi.

Dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1, menyaksikan Palestin memperoleh mata pertama susulan tewas 4-1 kepada Iran dalam perlawanan terdahulu, semangat juang barisan pemain negara tersebut antara yang mendapat pujian.

Ketinggalan terlebih dahulu apabila UAE membuka jaringan menerusi Sultan Adil, mereka bangkit menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua apabila Badil Nasser menanduk masuk bola ke gawang sendiri.


Di sebalik mata pertama diraih Palestin, sorakan satu suara oleh barisan penyokong yang hadir ke perlawanan tersebut mencuri perhatian yang mahukan keadilan dan kebebasan buat rakyat Palestin yang ketika ini berdepan pergolakan di negara mereka. - Stadium Astro