Sebaliknya, pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyung-jin memberikan sepakan percuma kepada Lubnan kerana beberapa pemain China sudah berada dalam kedudukan ofsaid.
Akibat terjahan kasar dan berbahaya itu, muka Wai Tsun mengalami kecederaan akibat terkena geseran 'stud' logam dari but yang dipakai Khalil.
Wai Tsun bagaimanapun berjaya melengkapkan 90 minit perlawanan yang menyaksikan China melakar keputusan seri tanpa jaringan dalam dua perlawanan berturut-turut.
Pada perlawanan pertama Kumpulan A Sabtu lalu, China diikat 0-0 ketika menentang Tajikistan.
Tuan rumah Qatar mengungguli Kumpulan A dengan tiga mata dan bermain kurang satu perlawanan, manakala China dua mata diikuti Tajikistan dan Lubnan masing-masing satu mata.
Hanya dua pasukan teratas memastikan tempat ke pusingan kalah mati dan ini satu lagi tamparan buat bola sepak China, yang dikejutkan dengan skandal rasuah serta mengatur perlawanan.
China berdepan Qatar pada perlawanan terakhir mereka pada Isnin depan. - Sinar Harian