HANOI: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon memohon maaf kepada semua peminat bola sepak tanah air atas kekalahan 3-0 kepada Vietnam pada aksi Kumpulan B saingan Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh, di sini, malam tadi.
Jurulatih berusia 53 tahun dari Korea Selatan itu tampil membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal meraih kemenangan dan menyifatkan Vietnam menampilkan aksi yang lebih baik.
"Namun bagi skuad Harimau Malaya, pemain telah cuba yang terbaik...malah mereka mengikut arahan barisan kejurulatihan dan pada babak pertama, mengawal keadaan sehingga kesilapan semasa tendangan sudut.
"Ada peluang untuk menang malam ini tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku, saya perlu kembali dan lihat. Saya tidak ada aduan mengenai pemain dan mungkin jika saya buat silap, kami akan semak untuk membetulkan sesuatu sebelum pertembungan dengan Singapura," katanya semasa sidang media selepas perlawanan tersebut.
Mengulas lanjut mengenai pertemuan dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Jan, jurulatih itu berkata: "Kami tidak mempunyai masa untuk berlengah lagi, kami akan cepat pulih dan merancang dengan baik untuk perlawanan dengan Singapura," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo, berpendapat Malaysia tidak mempunyai sebab untuk mengadu tentang keputusan itu terutama penalti kontroversi yang diberikan dan tindakan buang padang pemain pertahanan Muhammad Azam Azmi Murad kerana kekasaran yang jelas di luar kawasan permainan ke atas Doan Van Hau.
Piala AFF: Keputusan penalti kontroversi Ryuji Sato sekali lagi kecewakan Malaysia
Jurulatih dari Korea Selatan itu menegaskan bahawa bola sepak adalah sukan yang mempunyai peraturan dan mana-mana pemain yang melakukan kesalahan akan dihukum.
"Bola sepak adalah sukan di mana kami perlu melakukan apa yang kami mampu untuk menang, tetapi bola sepak juga mempunyai peraturan. Jadi, jika anda melanggar peraturan, anda akan dihukum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2022

Kim Pan Gon tampil membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal meraih kemenangan dan menyifatkan Vietnam menampilkan aksi yang lebih baik. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.

Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.

MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.

Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.

Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.