KUALA LUMPUR: Harga tiket bagi dua aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022 melibatkan skuad kebangsaan menentang Laos dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jali, akan diturunkan serendah RM30.
Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Jelas Hamidin, keputusan itu diambil selepas mengambil kira reaksi daripada pelbagai pihak terutama penyokong Harimau Malaya.
"Tiket Terbuka yang sebelum ini berharga RM50 dan RM45, kini diturunkan ke RM30, tiket Premium yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan ke RM50.
"Tiket Grandstand yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan ke RM60, manakala tiket kanak-kanak (6-12 tahun) yang sebelum ini berharga RM10, kini diturunkan ke RM5," jelasnya.
Tambah Hamidin, peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 jika dibandingkan dengan edisi 2018 terpaksa dibuat oleh pihaknya berikutan peningkatan kos-kos berkaitan termasuk pengurusan dan penganjuran perlawanan.
Ujarnya, sebelum ini, FAM telah mengumumkan penurunan harga tiket asal, namun rata-rata penyokong masih mengharapkan penurunan harga yang lebih.
"Saya yang kini berada di Doha, Qatar terpanggil untuk meneliti semula perkara ini dan telah mengarahkan sekali lagi kepada Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM yang dipengerusikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Posa Haji Majais supaya mendapatkan juga solusi terbaik dalam memastikan situasi menang-menang dapat dicapai di antara FAM dan penyokong.
"Selepas pelbagai pandangan, penelitian dan perincian dibuat, maka Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM telah bersetuju dengan cadangan saya supaya harga tiket berkenaan dikurangkan lagi bagi memastikan ia dapat diterima oleh semua penyokong," katanya lagi.
Sebagai Presiden FAM, ujarnya lagi, beliau perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan prestasi skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Kim Pan Gon terus meningkat dengan adanya sokongan padu penyokong pada setiap perlawanan.
Malah diharapkan kehadiran penyokong dapat digalakkan lagi menerusi kadar tiket yang diturunkan sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.
"Bagaimanapun, FAM tidak dapat memberikan harga promosi kombo seperti yang pernah dibuat ketika Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun lalu kerana perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 hanya membabitkan dua perlawanan yang mana jaraknya agak jauh iaitu beza 10 hari bagi kedua-dua perlawanan, berbanding tiga perlawanan dalam tempoh selang tujuh hari pada Kelayakan Piala Asia 2023.
"Bagi penyokong yang telah pun membeli tiket berkenaan pada harga asal ataupun harga yang telah diturunkan semalam, proses pemulangan (refund) untuk amaun yang berlebihan itu akan diuruskan oleh pihak Ticket Hotline," katanya lagi.
Skuad Harimau Malaya bakal berdepan Laos pada 24 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, manakala 3 Januari pula menentang Singapura.
Fareez Azman
Wed Dec 14 2022
![Piala AFF: Harga tiket tonton Harimau Malaya menentang Laos dan Singapura diturunkan - FAM Piala AFF: Harga tiket tonton Harimau Malaya menentang Laos dan Singapura diturunkan - FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671005613_hargatiketPialaAFF.jpg)
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata penurunan harga tiket perlawanan itu selepas mengambil kira reaksi penyokong Harimau Malaya.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![2 lelaki tempatan ditahan kes gaduh antara penyokong bola sepak di LRT 2 lelaki tempatan ditahan kes gaduh antara penyokong bola sepak di LRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734763666_pergaduhan.jpg)
2 lelaki tempatan ditahan kes gaduh antara penyokong bola sepak di LRT
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung rusuhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, tengah malam Sabtu.
![Ekor Harimau Malaya banjiri Stadium Bukit Jalil Ekor Harimau Malaya banjiri Stadium Bukit Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734698949_HarimauMalaya.jpg)
Ekor Harimau Malaya banjiri Stadium Bukit Jalil
Bahang perlawanan antara Malaysia dan Singapura bagi aksi Kumpulan A Piala ASEAN 2024 mula dirasai dengan lautan 'kuning hitam' penyokong tempatan membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
![Piala ASEAN: Malaysia berdepan aksi ‘hidup mati’ menentang Singapura untuk mara ke separuh akhir Piala ASEAN: Malaysia berdepan aksi ‘hidup mati’ menentang Singapura untuk mara ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734474550_pialaasean.jpg)
Piala ASEAN: Malaysia berdepan aksi ‘hidup mati’ menentang Singapura untuk mara ke separuh akhir
Ia selepas aksi Kumpulan A malam ini menyaksikan Thailand berjaya bangkit menumpaskan Singapura 4-2.
![Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720108288_OngKimSwee.jpg)
Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.
![Vicente fokus kepada skuad semasa, pemain warisan baharu perlu buktikan diri Vicente fokus kepada skuad semasa, pemain warisan baharu perlu buktikan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725517828_tbPauMartiVicente.jpg)
Vicente fokus kepada skuad semasa, pemain warisan baharu perlu buktikan diri
Vicente kekal fokus kepada pasukan sedia ada dan yakin dengan kualiti skuad Harimau Malaya, selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada final Pestabola Merdeka 2024
!['Saya datang demi negara’ - Walaupun hambar, penyokong hadir sokong Harimau Malaya 'Saya datang demi negara’ - Walaupun hambar, penyokong hadir sokong Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725452498_TBpestabola.jpg)
'Saya datang demi negara’ - Walaupun hambar, penyokong hadir sokong Harimau Malaya
Aksi Harimau Malaya menentang Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2024 mungkin hilang sengat selepas mereka kehilangan puluhan ribu pemain ke-12'.
![Piala FA: Tiada insiden kekecohan libatkan penyokong Selangor, JDT Piala FA: Tiada insiden kekecohan libatkan penyokong Selangor, JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724554594_Penyokong.jpg)
Piala FA: Tiada insiden kekecohan libatkan penyokong Selangor, JDT
Penyokong kedua-dua pasukan menunjukkan kerjasama kepada petugas keselamatan dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.
![Final Piala FA: JDT, Selangor bakal sajikan pertembungan epik malam ini Final Piala FA: JDT, Selangor bakal sajikan pertembungan epik malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724483508_PialaFA.jpg)
Final Piala FA: JDT, Selangor bakal sajikan pertembungan epik malam ini
Adakah Harimau Selatan mampu membuktikan dominasinya dalam bola sepak tanah air, atau adakah percubaannya untuk mencipta rekod baharu bakal digagalkan oleh skuad Gergasi Merah?
![Piala FA: Tunku Ismail turun uji gelanggang final Piala FA: Tunku Ismail turun uji gelanggang final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724366912_TMJujigelanggangf.jpg)
Piala FA: Tunku Ismail turun uji gelanggang final
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencemar duli apabila turun menguji padang Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
![Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716429805_LRT.jpg)
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.