KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City FC melakar sejarah tersendiri apabila mara ke perlawanan akhir Zon ASEAN saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas mengatasi wakil Vietnam Viettel FC 6-5 dalam penentuan sepakan penalti di Ho Chi Minh City, malam ini.
Pada pertembungan separuh akhir di Stadium Thong Nhat itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas masa tambahan sekali gus pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti yang menyaksikan penjaga gol KL City FC Muhammad Azri Abdul Ghani muncul wira pasukan.
Muhammad Azri meneka dengan tepat apabila merebahkan badannya ke arah kiri gawang gol untuk menyelamatkan sepakan penalti ketujuh pasukan tuan rumah diambil Bui Duy Thuong sekali gus membantu pasukan menempah pertemuan menentang kelab dari Indonesia PSM Makassar di pentas akhir.
Terdahulu tendangan penalti Muhammad Irfan Zakaria tersasar sementara rembatan Tran Danh Trung terkena palang dalam lima sepakan pertama kedua-dua pasukan.
Sepakan penalti ketujuh KL City disempurnakan Muhammad Akram Mahinan sebelum Muhammad Azri bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan Duy Thuong bagi memastikan kemenangan bagi kelab dari Kuala Lumpur itu.
Perlawanan akhir Zon ASEAN dijadual berlangsung 24 Ogos ini dengan venue perlawanan akan ditentukan menerusi undian akan datang. Juara kemudian akan meneruskan cabaran berentap dalam peringkat separuh akhir antara zon bagi meneruskan pemburuan kejuaraan Piala AFC.
Sebagai rekod, ini merupakan kali pertama skuad The City Boys layak ke pentas akhir Zon ASEAN selepas menamatkan penantian 28 tahun untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati pertandingan itu.
Semalam, hasrat satu lagi wakil negara Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk mara ke final Zon ASEAN tidak kesampaian selepas kecundang 1-2 kepada PSM Makassar dalam satu lagi aksi separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Kuala Lumpur (KL) City FC melakar sejarah tersendiri apabila mara ke perlawanan akhir Zon ASEAN saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). - Foto Facebook KL City FC

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.

Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.

KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.

KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.

Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.

Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.