Penolong Kanan Naib Presiden Pemasaran Perusahaan, Rafe Danial berkata bertepatan dengan konsep Astro BIZone, ia menawarkan kandungan sukan fleksibel untuk pelbagai jenis makanan dan minuman dari restoran mewah ke kafe santai.
"Astro BIZone menyediakan hiburan lengkap dengan sukan live dan rancangan menarik, membantu F&B menarik lebih ramai pelanggan.
"Berdasarkan kajian Kantar, 50 peratus pelanggan akan berada lebih lama ketika acara sukan besar seperti EPL, F1, dan badminton. Ini memberi peluang premis menjana lebih banyak jualan makanan dan minuman, sekali gus meningkatkan keuntungan," katanya.
Dalam pada itu, Astro BIZone Watch Party akan ke Melaka pada 28 September bertempat di Dayana Ala Thai Seafood, Klebang untuk pengalaman tontonan sukan yang hebat.
Dalam masa sama, pengacara Alif Hadi ketika ditemui di lokasi melihat Astro BIZone memainkan peranan penting dalam menyediakan kandungan sukan yang sah dan berkualiti tinggi kepada premis F&B.
"Apabila kandungan sukan yang sah disediakan, ia memberi manfaat kepada semua pihak terlibat, termasuk industri penyiaran dan atlet itu sendiri, kerana mereka mendapat sokongan yang sewajarnya," katanya.
Sementara itu, wakil Uncle Don's USJ Taipan berkata sempena ulang tahun ke-9 Uncle Don's, kempen Watch Party BIZone tepat pada masanya dalam memberi pengalaman lebih meriah kepada pelanggan.
"Dengan BizOne kita dapat ramai pelanggan yang baru, datang sini bukan sahaja untuk makan, tetapi datang untuk tengok sukan yang ditunjukkan secara langsung juga di TV seperti ada badminton, bola sepak dan banyak lagi. Jadi dapat mengeratkan ramai pelanggan yang datang," katanya.