Juara Piala Malaysia 2018, Perak terus buntu meraih kemenangan selepas seri 3-3 berdepan Kuala Lumpur pada aksi tertangguh Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.
Keputusan tersebut menyaksikan skuad kendalian ketua jurulatih Mehmet Durakovic mencatat empat keputusan seri dalam lima aksi terdahulu sejak mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PJ City FC awal bulan lepas.
Perlawanan itu turut menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa menempuh baki permainan babak kedua dengan 10 pemain selepas dua kad merah dilayangkan pengadil perlawanan kepada Luke Woodland pada minit ke-57 dan Nazirul Naim Che Hashim tujuh minit kemudian.
Pada aksi malam ini, Perak bermula garang dan berjaya mendahului seawal minit ketujuh hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Kuala Lumpur Zaiful Abdul Hakim, namun ketua pasukan Indra Putra Mahayuddin meledak gol penyamaan skuad 'The City Boys' pada minit ke-21.
Perak kembali mendahului selepas Leondro Dos Santos tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-29 selepas Zaiful Hakim menjatuhkan Gilmar Jose da Silva dalam kawasan berbahaya.
Penyerang prolifik, Guilherme de Paula memastikan Kuala Lumpur menamatkan separuh masa pertama dengan keputusan positif apabila meledak gol penyamaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-44 selepas beliau dikasari Idris Ahmad.
Bersambung babak kedua, Kuala Lumpur tampil dengan permainan lebih berkeyakinan dalam usaha memburu tiga mata penuh bagi mengelak daripada terus menghuni kedudukan tercorot liga.
Semangat Kuala Lumpur terus membara selepas layangan kad merah terhadap Luke apabila giliran Paulo Josue mencetak nama sebagai penjaring menerusi sepakan percuma yang gagal ditampan penjaga gol pasukan pelawat Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy pada minit ke-65.
Bagaimanapun, hasrat Kuala Lumpur meraih tiga mata penuh di laman sendiri musnah selepas Mohamad Faridzuan Kamaruddin gagal menangkap kemas tandukan Gilmar sebelum Mohammad Norhakim Hassan menolak masuk bola ke gawang.
Perak naik satu anak tangga di kedudukan kelapan sementara Kuala Lumpur mengatasi Felda United di tempat ke-11 selepas tamat perlawanan malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2019
![Perak sekat hasrat Kuala Lumpur raih tiga mata di Cheras Perak sekat hasrat Kuala Lumpur raih tiga mata di Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61556037179_PauloJosueSturmer.jpg)
Paulo Josue Sturmer (kiri) mengawal bola dari dirampas pemain Perak Amirul Azhan Aznan pada perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini. --fotoBERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Perak sekat hasrat Kuala Lumpur raih tiga mata di Cheras Perak sekat hasrat Kuala Lumpur raih tiga mata di Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61556037179_PauloJosueSturmer.jpg)
Perak sekat hasrat Kuala Lumpur raih tiga mata di Cheras
Keputusan tersebut menyaksikan skuad kendalian Mehmet Durakovic mencatat empat keputusan seri dalam lima aksi terdahulu sejak mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PJ City FC awal bulan lepas.