KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut, selepas secara rasminya mengesahkan slot ke temasya Paris 2024 pada 23 Julai-11 Ogos ini.
Juara dunia keirin 2017 yang sudah mencecah usia 36 tahun itu menegaskan bahawa kehadirannya ke temasya terbesar dunia itu bukan untuk melengkapkan penyertaan semata-matanya.
Pelumba dengan julukan 'The Pocket Rocketman' itu menganggap penyertaan kali kelima itu sejak penampilan pertama di Beijing 2008, menjadi sejarah besar buat dirinya selepas turut beraksi di edisi London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020.
"Lumba basikal adalah antara sukan yang proses kelayakannya amat sukar dan rumit, ditambah pula dengan pelbagai cabaran luaran yang terpaksa diharungi sepanjang proses tersebut.
"Setiap kitaran Sukan Olimpik mengambil masa selama empat tahun, bermaksud pembabitan saya di temasya Sukan Olimpik ini sahaja sudah 20 tahun," katanya menerusi perkongsian di media sosial.
Beliau turut menyifatkan penampilannya kali ini di Olimpik sebagai 'amat menarik' kerana sudah berumur 36 tahun.
"...rata-rata dari kita percaya yang ianya sudah lewat dan prestasi seseorang atlet itu mulai melantai. Apa yang saya tonjolkan kepada mereka yang celik di sini adalah ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk kita mendustai normal," kata atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu.
Mohd Azizulhasni melakar sejarah sebagai pelumba basikal pertama Malaysia meraih pingat di Olimpik selepas membawa pulang gangsa menerusi keirin pada edisi Rio 2016 dan perak dalam acara sama di Tokyo 2020.
Beliau yang kini berada dalam fasa terakhir persediaan ke Olimpik, turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan penuh dan mendoakan kejayaan beliau serta atlet-atlet lain yang akan membawa cabaran negara ke Paris.
Terdahulu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill mengesahkan bahawa Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri layak ke Olimpik secara rasminya bagi acara keirin dan pecut.
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebelum ini pernah beraksi di empat Olimpik iaitu Athens 2004, Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016 dan beliau membawa pulang tiga pingat perak bermula 2008 hingga 2016.
Penerjun wanita Datuk Leong Mun Yee merupakan atlet pertama negara beraksi di lima Olimpik (Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008, London 2012 dan Tokyo 2020).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024

Azizulhasni menegaskan bahawa kehadirannya ke temasya terbesar dunia itu bukan untuk melengkapkan penyertaan semata-matanya. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Melbourne laksana perintah berkurung, Azizulhasni mohon rakyat doakan keselamatan keluarganya
Jaguh acara pecut berbasikal nombor satu dunia, Azizulhasni Awang memohon semua rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau dan keluarga susulan perintah berkurung