KUALA LUMPUR:Jaguh acara pecut berbasikal nombor satu dunia, Azizulhasni Awang memohon semua rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau dan keluarga susulan perintah berkurung dikuatkuasakan semula di Melbourne, Australia bermula tengah malam Jumaat.
Menurut Azizul dalam entri terbaharu di laman Facebooknya, perintah berkurung itu dilakukan pihak berkuasa tempatan susulan terdapat kes baharu jangkitan COVID-19 di bandar itu.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Just nak share dengan korang semua berita yang agak kurang gembira.
"Di Melbourne, Australia tempat saya berlatih sekarang ini sedang menjalani snap lockdown (Stage 4 Restrictions) yang bermula pada pukul 11.59 malam semalam (Jumaat), gara-gara ada beberapa kes baharu (COVID-19) dicatatkan terutamanya dari pekerja di Tullamarine Airport,"katanya.
Jelasnya lagi, perintah berkurung itu dijalankan selama lima hari dan keputusan sama ada tindakan itu akan diteruskan atau ditarik balik itu hanya diketahui selepas maklum balas ujian COVID-19.
"Diharap anda semua dapat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saya dan keluarga di sini. Terima kasih semua," katanya lagi.
Azizulhasni dan keluarganya berada di Melbourne menjalani latihan menjelang temasya Sukan Olimpik Tokyo pada Julai depan.
Terdahulu, jaguh berbasikal negara itu kembali menguasai kedudukan Nombor 1 dunia dalam acara pecut.
Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 9 Februari, Azizul berjaya mengumpul 1,600 mata untuk berada di tangga teratas dalam acara pecut individu, sekali gus mengenepikan pencabarnya dari Jepun, Tomohiro Fukaya yang berada di kedudukan kedua dengan 1,442.5 mata.
Fareez Azman
Sat Feb 13 2021
Jaguh acara pecut berbasikal nombor satu dunia, Azizulhasni Awang memohon semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau dan keluarga. - fotoBERNAMA
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.
Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.