KUALA LUMPUR: Lautan merah-biru dan hitam-putih 'membanjiri' Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang pertembungan final Piala Malaysia 2023 yang ditunggu-tunggu antara juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC di sini, malam ini.
Setakat 6 petang, cuaca di pekarangan stadium kebanggaan rakyat Malaysia itu mula mendung, namun suasana meriah dengan pelbagai acara serta aktiviti yang menarik perhatian penyokong kedua-dua pasukan, selain kehangatan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang turut berlangsung di sini.
Tinjauan Bernama mendapati aspek keselamatan berada pada tahap optimum dengan anggota penguat kuasa dilihat bersiap siaga di sekitar stadium manakala anggota trafik mengawal lalu lintas di sepanjang jalan dan persimpangan utama menuju ke Stadium Nasional.
Pelbagai jualan seperti jersi pasukan, cenderahati, makanan dan minuman di sekitar gelanggang keramat pasukan bola sepak negara itu turut menyemarakkan keadaan menjelang final Piala Malaysia yang mempertemukan kedua-dua pasukan itu buat kali pertama.
Penyokong JDT kebanyakannya hadir mengenakan jersi tuan rumah sambil menggayakan mafela berjalur merah-biru simbolik logo skuad Harimau Selatan manakala penyokong Terengganu tampil dengan pakaian berwarna hitam-putih iaitu warna rasmi skuad Penyu.
Pintu pagar Stadium Nasional dibuka kepada penyokong bermula 5 petang sementara sepak mula perlawanan akhir dijadual pada 9 malam.
Rata-rata peminat yang ditemui membangkitkan kerisauan berkaitan permukaan padang Stadium Nasional yang ketika ini berada dalam keadaan tidak memuaskan sambil berharap tiada sebarang kecederaan serius menimpa pemain.
Penyokong JDT, Ahmad Sufian Idrus, 33, berkata keadaan permukaan padang yang tidak memuaskan pasti akan merencatkan intensiti permainan, namun menaruh harapan tinggi pasukan kesayangannya muncul juara sekali gus mencatat rekod 'double treble'.
"Saya terkejut bila gambar padang tular semalam kerana keadaan yang teruk, padang yang teruk memang akan buat permainan terjejas, tetapi saya tidak nampak itu jadi alasan JDT tak boleh menang," kata pekerja sektor swasta berasal dari Pontian itu kepada Bernama.
Pada masa sama, Zikri Razak yang berasal dari Besut, berharap perkara sama tidak akan berulang pada edisi final akan datang.
"Ini tidak sepatutnya terjadi, sebab ini adalah final, selama ini kita bermain di permukaan padang yang baik tetapi apabila sampai di final permukaan padang sebaliknya," kata pekerja sektor swasta yang menjangkakan Terengganu mampu menundukkan JDT 2-1.
Sebanyak 80,000 penyokong dijangka membanjiri Stadium Nasional malam ini.
JDT merupakan juara tiga kali sejak penubuhan kelab itu pada 2013 manakala Terengganu memburu kejuaraan kedua selepas kali terakhir memenangi pada 2001.
Rekod lima pertemuan terakhir dalam semua pertandingan berpihak JDT yang melakar kemenangan 100 peratus dengan kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu berakhir dengan JDT menang 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus di Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023

Setakat 6 petang, cuaca di pekarangan stadium mula mendung, namun suasana meriah dengan pelbagai acara serta aktiviti yang menarik perhatian penyokong kedua-dua pasukan. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Semangat patriotik seharusnya melebihi keresahan harga tiket - Legenda bola sepak
Harga tiket tidak seharusnya menjadi masalah kepada peminat setia untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan.

TMJ berkenan pinjamkan kanvas, padang Stadium Nasional dijaga
Kanvas itu bagi memastikan keadaan padang terpelihara dan berada dalam kondisi baik sepanjang 90 minit permainan.

'10 tahun cakap lebih tapi padang teruk' - TMJ
TMJ berkata tiada maknanya kejayaan menewaskan Kemboja jika keadaan permukaan padang di SNBJ masih di takuk lama dengan menggunakan rumput jenis 'cow grass'.

KBS arah PSM lakukan forensik struktur Stadium Nasional
Ahmad Faizal Azumu berkata beliau telah mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk melantik sebuah syarikat untuk membuat penilaian.

Kerja-kerja tanam rumput baharu Stadium Nasional bermula Januari 2023
Kerja-kerja pertukaran permukaan padang Stadium Nasional di Bukit Jalil yang dianggarkan menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta hanya akan bermula seawal Januari tahun depan.

Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput TMJ, belum ada hitam putih
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghargai hasrat pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit

TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional
Ia sebagai hadiah kepada gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu.

'Harimau usah dibuai mimpi indah' - Irfan Bakti
Indonesia juga sudah pasti berazam tampil dengan misi membalas dendam ke atas Harimau Malaya selepas kecundang 2-3 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September lalu.

Mat Yo sedia gegar gawang Indonesia
Ketiadaan penyerang utama, Muhammad Syafiq Ahmad akibat penggantungan satu perlawanan, sedia digalas oleh Norshahrul Idlan Talaha apabila skuad negara berhadapan Indonesia

'Badak' sedia kekang jentera serangan Jordan
Shahrul Mohd Saad bersedia memberikan aksi terbaik walaupun ketiadaan pemain senior Aidil Zaquan Abdul Radzak.