KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pertukaran permukaan padang Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini yang dianggarkan menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta hanya akan bermula seawal Januari tahun depan.
Kelewatan kerja-kerja menggantikan rumput di Stadium Nasional yang dijangka mengambil masa kira-kira empat bulan itu disebabkan komitmen yang telah dipersetujui pihak stadium untuk menganjurkan beberapa acara di venue rasmi skuad Harimau Malaya itu sepanjang tahun ini.
Prosesnya itu bagaimanapun akan akan bermula secepat mungkin apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bekerjasama rapat dengan pihak Stadium Sultan Ibrahim milik Johor Darul Ta'zim (JDT) di Iskandar Puteri, Johor.
Pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu bertitah pertukaran permukaan rumput di padang berkenaan dilihat sebagai pelaburan jangka panjang bagi stadium berkenaan.
"Kalau kita tengok negara-negara jiran kita semua dah tukar kepada rumput yang lebih berkualiti kerana rumput ini adalah sebagai pelaburan jangka panjang untuk stadium kita dan salah satu stadium punya reputasi, lebih-lebih lagi, ini adalah Stadium Nasional.
"Jadi saya rasa dengan segera kita akan tukar, tapi saya difahamkan oleh kerana Stadium Nasional pun ada komitmen beberapa acara untuk tahun ini bermakna padang akan bermula kerja lebih lewat. Insya-Allah tak silap saya pada Januari tahun depan," titah baginda.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Pada sesi tinjauan tersebut, Tunku Mahkota Johor itu turut berkenan menyerahkan replika cek dengan nilainya tertulis "kos penukaran permukaan padang" Stadium Nasional Bukit Jalil bagi mengotakan janji baginda menaja perbelanjaan pertukaran rumput baharu jenis Zeon Zoysia di stadium berkenaan.
Sementara itu, Ahmad Faizal menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kurniaan dana pertukaran padang daripada Tunku Ismail dan menganggap ia sebagai satu sumbangan amat signifikan kepada pembangunan bola sepak di negara.
"Tentunya saya bersama PSM akan bekerjasama dengan pasukan Tunku di Johor untuk pastikan padang kita dalam keadaan terbaik. Kita akan mula satu proses pembelajaran dan bertukar-tukar nota untuk memastikan akhirnya stadium ini padangnya boleh dibanggakan hingga banyak pasukan antarabangsa sudi bermain," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata kerja-kerja penukaran padang itu perlu melalui beberapa proses bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan, namun berpendapat proses itu dapat dilaksanakan segera.
Sebagai rekod, minggu lepas Tunku Ismail sekali lagi menarik perhatian media menerusi kenyataan baginda yang mahu menanggung kos pertukaran rumput Stadium Nasional sebagai hadiah kepada skuad Harimau Malaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022

Kerja-kerja pertukaran permukaan padang Stadium Nasional di Bukit Jalil yang dianggarkan menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta hanya akan bermula seawal Januari tahun depan. - Gambar fail/BERNAMA

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.

Semangat patriotik seharusnya melebihi keresahan harga tiket - Legenda bola sepak
Harga tiket tidak seharusnya menjadi masalah kepada peminat setia untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan.

TMJ berkenan pinjamkan kanvas, padang Stadium Nasional dijaga
Kanvas itu bagi memastikan keadaan padang terpelihara dan berada dalam kondisi baik sepanjang 90 minit permainan.

'10 tahun cakap lebih tapi padang teruk' - TMJ
TMJ berkata tiada maknanya kejayaan menewaskan Kemboja jika keadaan permukaan padang di SNBJ masih di takuk lama dengan menggunakan rumput jenis 'cow grass'.

KBS arah PSM lakukan forensik struktur Stadium Nasional
Ahmad Faizal Azumu berkata beliau telah mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk melantik sebuah syarikat untuk membuat penilaian.

Kerja-kerja tanam rumput baharu Stadium Nasional bermula Januari 2023
Kerja-kerja pertukaran permukaan padang Stadium Nasional di Bukit Jalil yang dianggarkan menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta hanya akan bermula seawal Januari tahun depan.

Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput TMJ, belum ada hitam putih
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghargai hasrat pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit

TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional
Ia sebagai hadiah kepada gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu.

'Harimau usah dibuai mimpi indah' - Irfan Bakti
Indonesia juga sudah pasti berazam tampil dengan misi membalas dendam ke atas Harimau Malaya selepas kecundang 2-3 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September lalu.

Mat Yo sedia gegar gawang Indonesia
Ketiadaan penyerang utama, Muhammad Syafiq Ahmad akibat penggantungan satu perlawanan, sedia digalas oleh Norshahrul Idlan Talaha apabila skuad negara berhadapan Indonesia

'Badak' sedia kekang jentera serangan Jordan
Shahrul Mohd Saad bersedia memberikan aksi terbaik walaupun ketiadaan pemain senior Aidil Zaquan Abdul Radzak.