KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Sukan (PJS) Ibrahim Mohd Yusof membayangkan hanya dengan mewujudkan entiti baharu berupaya menyelamatkan sukan sepak takraw negara daripada terus tercicir di peringkat antarabangsa.
Menerusi surat diterima pihaknya daripada Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), Ibrahim berkata badan induk Asia itu enggan lagi menerima Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebagai ahli gabungannya selepas secara berterusan melanggar peraturan ditetapkan mereka.
Justeru, beliau berkata sekiranya tiada entiti baharu boleh menggantikan PSM, pembangunan sepak takraw hanya terhad di peringkat domestik sekali gus mampu mendatangkan impak buruk terhadap masa depan sukan itu di negara ini.
"Ikut surat yang saya terima, ASTAF tidak terima PSM dah jadi tiada makna kita melihat PSM sebagai badan untuk menaungi sepak takraw Malaysia sebab mereka sudah tidak diterima oleh ASTAF.
"Kita tidak mahu perkara itu kerana yang jadi mangsa adalah pemain, jadi biarlah kita ambil tindakan yang kita rasa wajar untuk pastikan pembangunan sepak takraw khususnya di peringkat lebih tinggi tidak terjejas," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan enam bekas ahli gabungan PSM bersedia membentuk entiti baharu dengan menggunakan nama Konfederasi Sepak Takraw Malaysia, dengan permohonan berhubung perkara itu telah diserahkan kepada PJS.
Enam gabungan itu adalah Persatuan Sepak Takraw Selangor; Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Putrajaya; Persatuan Sepak Takraw Sarawak; Persatuan Sepak Takraw Perlis; Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah; dan Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Labuan.
Ibrahim berkata pihaknya akan membantu mendaftarkan permohonan entiti baharu itu memandangkan ia adalah jalan penyelesaian terbaik berikutan pendirian ASTAF yang jelas tidak mahu menerima PSM.
"Kita akan mendaftar berdasarkan permohonan yang ada. Jadi kita memudahcara macam mana kebiasaan yang kita buat untuk badan-badan yang baharu ini," katanya.
Mei lepas, PSM disingkir sebagai ahli gabungan ASTAF berkuat kuasa serta-merta.
Penyingkirkan itu disebabkan PSM didapati bersalah susulan tindakan presidennya ketika itu Datuk Seri Ahmad Ismail atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF, menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Sebulan kemudian Ahmad Ismail yang dikenali sebagai Tok Mat melepaskan jawatan presiden selepas menerajui tampuk kepimpinan PSM sejak 2002.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 06 2022

Ibrahim berkata, ASTAF tidak menerima PSM justeru PSM tidak boleh dilihat sebagai badan untuk menaungi sepak takraw Malaysia. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

MSC masih tunggu keputusan MOM
MSC sudah membuat permohonan untuk menjadi ahli gabungan MOM pada 7 Mac lalu.

Sumali sah pimpin PSM
Tiga jawatan Naib Presiden pula akan disandang Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, Datuk Awang Sham Amit dan Datuk Abu Jimi Samat.

Pembentukan entiti baharu elak sepak takraw negara tercicir - Pesuruhjaya Sukan
Pesuruhjaya Sukan (PJS) Ibrahim Mohd Yusof membayangkan hanya dengan mewujudkan entiti baharu berupaya menyelamatkan sukan sepak takraw negara daripada terus tercicir di peringkat antarabangsa.

Masih tiada permohonan tubuh entiti ganti PSM - PJS
Ibrahim tegaskan PSM masih badan yang sah untuk mengurus tadbir perihal sepak takraw kebangsaan biarpun badan induk kebangsaan tersebut digugurkan selaku ahli gabungan ASTAF.

PSJ tarik diri jadi gabungan Persatuan Sepak Takraw Malaysia
Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ) pula membuat keputusan menarik diri daripada menjadi ahli gabungan Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun mulai esok oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hari ini.

PSM hantar surat tuduhan kepada Syahir, Zulkifli
Difahamkan Syahir perlu membela diri dengan surat pertuduhan dikeluarkan sebanyak 48 muka surat, sementara Zulkifli setebal 37 muka surat, yang memperjelaskan kesalahan masing-masing.

PSM diminta perjelas isu gugur dua tekong negara
Jawatankuasa berkenaan juga mahu mendengar perancangan PSM selepas menggugurkan Mohd Syahir Rosdi dan Muhammad Zulkifli Abd Razak yang dikatakan terbabit dengan masalah disiplin.

Jangan pandang remeh, emas tetap emas - Akramuddin
Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata pendekatan bersikap lebih terbuka dengan kemenangan itu sepatutnya menjadi keutamaan dan bukan sebaliknya.

Ahmad Ismail kekal presiden PSM
Beliau yang menyandang jawatan itu sejak 2002, meraih 51 undi untuk menewaskan pencabarnya yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor, Datuk Markiman Kobiran yang mendapat 16 undi.