JOHOR BAHRU: Selepas Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), kini giliran Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ) pula membuat keputusan menarik diri daripada menjadi ahli gabungan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), berkuat kuasa semalam.
Presiden PSJ Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, berikutan keputusan tersebut, beliau turut melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden 1 PSM.
Katanya, tindakan diambil itu kerana beliau dan 18 ahli jawatankuasa PSJ hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PSM, selepas kemelut antara badan induk sepak takraw negara itu dan Persatuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), mengakibatkan Presiden PSM Datuk Seri Ahmad Ismail dikenakan hukuman penggantungan pada 5 Mei lepas.
"Kemelut ini akan mengambil masa yang panjang, sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana dengan status pembangunan PSM.
"Sebagai Naib Presiden 1, saya minta pemangku presiden PSM untuk mengadakan mesyuarat, untuk membincang hala tuju gabungan dan membuat rayuan kepada ASTAF supaya kita tidak digantung, tetapi sehingga sekarang tiada tindakan diambil," katanya pada sidang media di pejabat PSJ di sini pada Isnin.
Abdul Halim berkata, beliau tidak mahu disebabkan penggantungan Ahmad itu, PSJ akan menerima tempias termasuk tidak boleh mengadakan sebarang perlawanan persahabatan dengan pasukan luar, seperti Thailand.
"Saya tidak ada kepentingan, tetapi Johor ada kepentingan untuk membangunkan sepak takraw," katanya dan menambah pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) selepas ini, bagi memastikan pembangunan sepak takraw negeri dapat terus berjalan.
Semalam, Gastak mengumumkan keluar daripada PSM berikutan kemelut dihadapi PSM bersama ASTAF, yang menyaksikan Ahmad digantung selama 15 tahun oleh Jawatankuasa Tatatertib ASTAF.
Ahmad yang juga bekas Timbalan Presiden ASTAF, turut diminta untuk membayar semula kepada ASTAF sebanyak US$25,000 (kira-kira RM102,900), bagi menampung kos pendengaran jawatankuasa tatatertib itu.
Hukuman dikenakan, kerana Ahmad didapati menyalahi Undang-undang Kecil ASTAF serta beberapa perkara dalam Perlembagaan badan induk sepak takraw Asia itu.
Bernama
Mon May 10 2021
Presiden PSJ Datuk Abdul Halim Suleiman turut melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden 1 PSM. - Gambar hiasan
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Syor tambah hierarki Mahkamah Syariah - Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan disyorkan termasuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
Mohd Rabin dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia
Bekas Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Pasca UK Memilih: Scotland akui keputusan pilihanraya sukar buat Parti SNP
Menteri Pertama Scotland John Swinney mengakui keputusan pilihan raya umum UK pada Jumaat adalah sangat mencabar bagi Parti Kebangsaan Scotland (SNP) yang memerintah kerana kehilangan puluhan kerusi.
Perubahan kepemimpinan UK tiada kesan kepada Malaysia
Perubahan kepimpinan United Kingdom (UK) dilihat tidak akan memberi sebarang kesan kepada dasar luar negara itu dalam hubungan dengan Malaysia.
Menurut Geostrategis Prof Azmi Hassan, jangkaan itu adalah berdasarkan tidak ada isu yang mendadak di antara London dan Kuala Lumpur dari segi ekonomi dan geopolitik selama ini.
Menurut Geostrategis Prof Azmi Hassan, jangkaan itu adalah berdasarkan tidak ada isu yang mendadak di antara London dan Kuala Lumpur dari segi ekonomi dan geopolitik selama ini.
PM ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baru UK
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Keir Starmer dan Parti Buruh Britain atas kemenangan besar mereka dalam Pilihan Raya Umum United Kingdom.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Starmer dan pasukannya untuk membangunkan hubungan strategik baharu, dibina atas keterangkuman, kesaksamaan, saling menghormati, hubungan rakyat dengan rakyat dan visi bersama untuk masa depan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Starmer dan pasukannya untuk membangunkan hubungan strategik baharu, dibina atas keterangkuman, kesaksamaan, saling menghormati, hubungan rakyat dengan rakyat dan visi bersama untuk masa depan.
UMNO terima permohonan bekas ahli 'rujuk' semula - Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO menerima banyak permohonon bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu dan perkara tersebut akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk menentusahkan keahlian mereka.
39,222 pengundi pilih wakil rakyat baharu hari ini
Pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka hari ini selepas tamatnya 14 hari tempoh berkempen.
Tarikh akhir kemuka borang tahun taksiran 2023 dilanjut hingga 15 Julai
Tarikh akhir pengemukaan borang nyata tahun taksiran 2023 bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan dilanjut hingga 15 Julai.
Zuraidin tawar diri tanding jawatan Presiden PSM
Zuraidin berkata keputusan itu dibuat selepas menerima pandangan dan sokongan daripada ahli gabungan GASTAK.
Cadang had tempoh presiden sepak takraw
Zuraidin berkata pihaknya dalam usaha memperbaiki struktur pengurusan negara dan antara langkah proaktif yang diambil ialah mengusulkan had tempoh seseorang presiden itu berkhidmat.
PSJ tarik diri jadi gabungan Persatuan Sepak Takraw Malaysia
Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ) pula membuat keputusan menarik diri daripada menjadi ahli gabungan Persatuan Sepak Takraw Malaysia.