Sukan SEA Ke-30 di Filipina akan dibuka secara rasmi hari ini tetapi pasukan polo air lelaki negara bakal menjadi pasukan pertama yang pulang awal ke tanah air.
Mereka tewas 7-14 kepada Indonesia dalam perlawanan ketiga pusingan awal acara itu di Pusat Akuatik New Clark City di sini pada Jumaat.
Kekalahan terkini itu meletakkan Malaysia di luar kemampuan untuk sekurang-kurangnya mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi mereka pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Pada dua perlawanan awal mereka, Malaysia kalah 5-19 kepada Thailand dan 5-17 kepada juara bertahan Singapura.
Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan pada Jumaat, Ketua Jurulatih Polo Air negara, Voon Yong Hui berkata Indonesia yang pada masa ini mendahului kedudukan pusingan awal, berada dalam keadaan terbaik.
"Kami membawa lapan pemain baharu yang kebanyakannya masih menuntut dan mengekalkan empat pemain daripada skuad Sukan SEA Kuala Lumpur, dan pada umumnya peluang kita untuk mengekalkan pingat gangsa 2017 adalah amat sukar kerana kami tewas dalam ketiga-tiga perlawanan.
"Berhadapan tuan rumah Ahad ini sudah pasti merupakan tugas sukar, memandangkan pemain mereka bersaiz lebih besar berbanding pemain kita yang agak kecil," kata Voon.
Beliau berkata pemain negara akan pulang ke tanah air pada 2 Dis (Isnin) selepas perlawanan menentang Filipina pada Ahad (1 Dis).
Hanya lima pasukan mengambil bahagian dalam polo air lelaki dan dalam acara yang berdasarkan format round robin itu, pingat emas akan menjadi milik pendahulu teratas, perak kepada naib juara, dan gangsa kepada pasukan di tempat ketiga.
Malaysia tidak mengambil bahagian dalam pertandingan wanita, yang hanya disertai tiga negara, juara bertahan Thailand, Singapura dan Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019

Penjaga gol negara, Chee Huan Song (dua, kanan) tidak dapat menahan balingan yang dilakukan pemain Indonesia ketika perlawanan Pusingan Awal Polo Air Lelaki pada Sukan Sea Filipina 2019 di Pusat Akuatik New Clark City, 29 Nov, 2019. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

3 terbunuh dalam kebakaran kediaman di Filipina
Kejadian itu yang bermula kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan, memusnahkan rumah mangsa dan dua rumah jiran.

Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.

4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Pengawal Pantai China pantau aktiviti penghantaran bekalan semula Filipina di Ren'ai Jiao
Jurucakap CCG Liu Dejun berkata misi penghantaran bekalan semula tersebut dijalankan selepas mendapat kelulusan daripada pihak China.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.

Filipina bakal tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, Boracay
Peluang membincangkan dasar dan menyaksikan secara langsung potensi besar pertumbuhan pelancongan mampan di rantau ini.

Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun
Pasukan tuan rumah mengejutkan Thailand dengan gol pembukaan menerusi rembatan padu kaki kiri Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.

Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.

Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.