Impian skuad hoki negara untuk meraih tiga mata pertama berkecai selepas tewas 1-3 dengan pendahulu kumpulan B, Korea Selatan pada hari kedua, saingan peringkat kumpulan, Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 di Stadium Hoki Indera Mahkota di sini, malam ini.
Korea Selatan bermula garang apabila Nam Hyun Woo menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-20 menerusi pukulan sudut penalti.
Usaha Malaysia menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi cubaan pukulan sudut penalti oleh Muhammad Shahril Saabah gagal apabila bol terkena tiang gol.
Bersambung pada babak kedua, skuad kendalian Shin Seok Kyo terus menghukum Malaysia menerusi gol padang yang dijaringkan oleh You Hyo Sik pada minit ke-37 sebelum Jang Jong Hyun menambah duka pasukan hoki negara pada minit ke-50.
Gol saguhati Malaysia disumbangkan Ismail Abu menerusi gol padang pada minit ke-69.
Pengendali skuad hoki negara, Mohammad Dhaarma Raj Abdullah berkata kegagalan hari ini disebabkan oleh beberapa faktor apabila skuad negara gagal menyempurnakan beberapa peluang yang hadir di depan mata.
"Berbanding dengan Korea Selatan kita mempunyai enam peluang untuk menjaringkan gol apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti namun disebabkan oleh beberapa kesilapan yang masih dilakukan kita gagal untuk menjaringkan gol," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata cabaran sebenar pasukan yang beraksi di kejohanan ini hanya dilihat selepas aksi separuh akhir pada Rabu nanti namun Malaysia tetap optimis untuk memperoleh tiga mata pada perlawanan penutup peringkat kumpulan menentang Kanada.
"Tiga mata terakhir tersebut amat penting bagi Malaysia agar tidak berdepan dengan pasukan pilihan utama iaitu New Zealand," katanya.
Beliau berkata pasukan akan terus berusaha membaiki kesilapan yang ada bagi memastikan kemenangan pada perlawanan yang akan datang.
Sebelum itu, Kanada yang turut beraksi dalam kumpulan B mengalahkan Perancis 3-2.
Pada perlawanan sebelah petang membabitkan saingan kumpulan A, New Zealand selaku pendahulu kumpulan itu mencatat kemenangan kedua selepas membelasah Jepun 6-1, manakala Poland mengutip tiga mata pertama selepas mengalahkan Ireland 2-1.
Malaysia dijadualkan menentang Kanada pada perlawanan penutup peringkat kumpulan pada Rabu ini, manakala Korea Selatan akan bertemu Perancis.
Pendahulu kumpulan A, New Zealand akan berhadapan menentang Poland, manakala Ireland akan bertemu Jepun sebelum mara ke pusingan suku akhir juga pada hari yang sama.
Bernama
Mon Apr 28 2014
![Pasukan Hoki Malaysia tewas 1-3 kepada Korea Selatan Pasukan Hoki Malaysia tewas 1-3 kepada Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/51398643869_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Perak juara Hoki 5s Kebangsaan edisi ketiga Perak juara Hoki 5s Kebangsaan edisi ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721512525_TBHoki.jpg)
Perak juara Hoki 5s Kebangsaan edisi ketiga
Skuad Perak terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi Mohamad Ashran Hamsani pada minit ketiga untuk mengejutkan Pahang.
![Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717942759_TBHOKIMSIA.jpg)
Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.
![Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715821824_TSNU.jpg)
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
![Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715385186_tbPialaSultanAzlan.jpg)
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
![Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715355323_TBHOKI.jpg)
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
![SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2 SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714923642_TBHOKI.jpg)
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
![Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713314632_Hoki.jpg)
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
![Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711932634_AhmadNajmi.jpg)
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
![Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711854259_TBSarjitSingh.jpg)
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
![Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710890445_SpeedyTigersHoki.jpg)
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.