KUALA LUMPUR: Dua beradik atlet multidisiplin kebangsaan Teo Zun Jet dan kakaknya Teo Sze Hui, menempah slot ke Sukan SEA Kemboja pada Mei hadapan, selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam kategori masing-masing di kejohanan NeptuneX113 Aquathlon Putrajaya 2023 (NX113) semalam.
Pada kejohanan yang berlangsung di Tasik Putrajaya itu, menyaksikan Zun Jet, 17, mengungguli kategori elit lelaki, selepas melengkapkan rutin renang 500 meter (m) dan larian 2.5 kilometer (km) dengan catatan masa 16 minit 12 saat (s), mengatasi pencabar terdekatnya Isaac Tan (16:26s).
Lee Wen Jun (16:33s) dan Brendon Wong Kai (16:43s) masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat kategori terbabit.
Dalam saingan elit wanita pula menyaksikan dua tiket Sukan SEA berjaya direbut Siobhan Doyle (18.30s) dan Sze Hui (19.16s) selepas masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan empat.
Acara itu diungguli atlet Indonesia Renata Berliana dengan catatan 18:09s manakala Ng Wen May melengkapkan kedudukan podium dengan 18:52s.
Wen May tidak tersenarai untuk sukan itu kerana telah disenaraikan Persatuan Triathlon Malaysia (MTA) ke Sukan SEA bagi acara triathlon.
Mengulas mengenai kejuaraan terbabit, Zun Jet yang baru sahaja berkecimpung dalam aquathlon berkata beliau langsung tidak menduga mampu mewakili negara ke Sukan SEA buat kali pertama.
"Saya sebenarnya merupakan perenang dan pemain polo air negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). Saya mula berjinak dalam disiplin larian dan berbasikal sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19, kerana itulah dua aktiviti yang boleh dilakukan," katanya merusi kenyataan semalam.
NX113 yang berlangsung semalam merupakan medan buat atlet negara menempah tiket ke Sukan SEA Kemboja, tahun ini.
Aquathlon, yang membabitkan disiplin larian dan renang bakal dipertandingkan buat pertama kali pada temasya dwitahunan itu.
Tiga kategori yang bakal dipertandingkan ialah Standard (berenang 1.5km/berlari 10km), Pecut (berenang 750m/berlari 5km) serta Super Sprint (berenang 500m/berlari 2.5km).
Sementara itu, skuad renang kebangsaan turut beraksi cemerlang apabila merangkul perak dan gangsa dalam acara berpasukan campuran 4x1.5km berganti-ganti, pada Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia Tenggara (SEAOWSC) di lokasi yang sama.
Skuad yang dibarisi Lim Kai Yi, Teoh Kai Ning, Lynna Yeow dan Hannes Wan dari Malaysia A, muncul naib juara dalam kategori usia 14-16 tahun selepas mencatat 1 jam 19 minit dan 51.3 saat di belakang Thailand A (1:16:35.4s).
Manakala, skuad Malaysia B yang diwakili Aslan Adnan, Grace Yap, Jamie Tan, Yap Rong Yi di tempat ketiga dengan 1:23:04.5s, membolehkan Malaysia mengumpul tujuh pingat perak dan empat gangsa dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023

Teo Zun Jet dan Teo Sze Hui mempamerkan aksi cemerlang dalam kategori masing-masing di kejohanan NeptuneX113 Aquathlon Putrajaya 2023 pada Sabtu. - Foto Twitter BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pasangan adik beradik Zun Jet, Sze Hui tempah slot ke Sukan SEA
Kejohanan yang berlangsung di Tasik Putrajaya itu menyaksikan Zun Jet mengungguli kategori elit lelaki, mengatasi Isaac Tan.