KUALA LUMPUR: Kejohanan e-sukan pertama Malaysia untuk Orang Kurang Upaya (OKU), Liga E-Sukan Para Malaysia (Para MEL21), yang dianjurkan buat pertama kalinya dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM10,000, kini dibuka untuk pendaftaran.
Pendaftaran yang bermula semalam di https://paramel21.esukan.gg, dengan permainan utama Player Unknown's Battlegrounds Mobile (PUBGM) dijadualkan berlangsung dari 22-24 Okt.
Kejohanan dianjurkan Techninier dan Esports Integrated (ESI), merupakan satu insiatif untuk memulakan satu ekosistem e-sukan yang bersemangat, lestari dan inklusif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan disokong Majlis Belia OKU Malaysia.
Pihak penganjur dalam satu kenyataan menyatakan Para MEL21 adalah selaras dengan objektif kerajaan untuk membangunkan e-sukan dan dalam masa sama menyediakan satu ekosistem yang selamat dan inklusif untuk komuniti permainan digital tempatan, di mana sesiapa sahaja boleh menjadi seorang pemain e-sukan, tanpa mengira identiti.
"Dengan e-sukan terus menjadi satu fenomena global dan berkembang menjadi salah satu daripada industri terbesar dunia, adalah penting untuk memastikan yang akses diberikan kepada seramai mungkin peminat e-sukan dan ini termasuk golongan OKU.
"Sebagai penerusan kepada Liga E-Sukan Malaysia Malaysia 2021 (MEL21) yang berakhir pada 1 Sept, KBS melalui ESI mahu mengembangkan liga itu khusus untuk OKU," kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, bersama dengan bantuan warga lain, pemain industri dan agensi berkaitan, KBS mahu membawa kejohanan khusus untuk OKU itu ke tahap lebih besar, hampir kepada Sukan Paralimpik yang dianjurkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, adalah penting untuk memastikan yang akses diberikan kepada seramai mungkin peminat e-sukan dan ini termasuk golongan OKU. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.

Malaysia berhasrat jadi tuan rumah bagi lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid juga menggalakkan pasukan Malaysia untuk bangkit dengan lebih kuat dan bersaing sekali lagi pada kejohanan terbabit tahun hadapan.

ESI rancang jadikan Malaysia hab kejohanan e-sukan dunia
Ia antara usaha berdasarkan rangka tindakan e-sukan negara bagi menjadikan Malaysia mempunyai fasiliti terbaik sukan itu.

MLBB sah dipertandingkan di Sukan SEA 2025 Thailand
Permainan sukan elektronik (e-sukan) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah disahkan sebagai acara pingat di Sukan SEA 2025 di Thailand.

SRG pertahan kejuaraan MPL musim ke-14
Selangor Red Giants pertahan gelaran juara Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) (MPL) Malaysia Musim ke-14 selepas menewaskan Vamos 4-2.

Suntikan RM20 juta dalam belanjawan beri semangat baharu perkasa e-sukan
Peruntukan RM20 juta menerusi Belanjawan 2025 dijangka dapat memperkasakan lagi pembangunan e-sukan secara menyeluruh termasuk menjayakan pembinaan sebuah stadium khusus untuk sukan itu.

Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.

Kerajaan nantikan lebih banyak pasukan e-sukan raih pengiktirafan dunia
Kerajaan MADANI menyokong penuh pembangunan industri e-sukan yang terus berkembang pesat dan menantikan kemunculan lebih banyak pasukan e-sukan yang mampu bersaing hebat serta meraih pengiktirafan.

'Honor of Kings' bawakan pek bahasa Melayu bersama dialek negeri, 'skin' karakter silat
Wira-wira bertutur dalam dialek negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, dan Sarawak.

"Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB"
Pemain MLBB yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants, Sekyss berkongsi perancangannya selepas beliau dan pasukan menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, malam tadi.