DIVOCK Origi muncul wira Liverpool apabila memastikan tiga mata milik The Reds ketika menewaskan Wolves 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux.

Origi yang dimasukkan pada minit ke-68 menggantikan Jordan Handerson berjaya merobek gawang tuan rumah dengan gol masa kecederaan minit ke-94 untuk The Reds melompat ke tangga kedua liga.

Origi yang mendapat hantaran lintang Mohamed Salah sebelum melepaskan rembatan untuk kemenangan ke-10 liga selepas para pemain pelawat gagal memanfaatkan deretan peluang dalam bentuk gol sebelum itu.

Kemenangan itu membolehkan Liverpool mengumpul 35 mata kurang satu mata daripada pendahulu baharu Manchester City selepas mengharungi 15 perlawanan.

KEPUTUSAN:

Watford 1-3 Manchester City
Sterling (4')
Bernardo Silva (31', 63')
Hernández (74')

Wolves 0-1 Liverpool
Origi (94')

Newcastle United 1-0 Burnley
Wilson (40')

Southampton 1-1 Brighton
Broja (29')
Maupay (98')

West Ham 3-2 Chelsea
Thiago Silva (28')
Lanzini (40')
Mount (44')
Bowen (56')
Masuaku (87')


Artikel asal di Sinar Harian