Empat sukan menjadi taruhan, termasuk golf, angkat berat, terjun dan yang paling dinanti-nantikan ialah sukan berbasikal trek.
Aksi akan dimulakan terlebih dahulu dengan atlet golf negara, Ashley Lau, yang akan memulakan saingan pada jam 3 petang bagi perlawanan individu pusingan 1.
Menginjak jam 6:45 petang pula, dijangka aksi dua atlet harapan negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan bertanding dalam pusingan kelayakan acara pecut.
Meskipun acara kegemaran 'The Pocket Rocketman' Datuk Azizul ialah keirin yang yang akan berlangsung kemudian hari.
Namun beliau tetap optimis untuk melakukan yang terbaik pada acara pecut, dan jika berpotensi untuk mendapat pingat, beliau akan berusaha dengan sebaiknya.
Ia disusuli dengan atlet basikal trek wanita, Nurul Izzah Izzati yang akan membuat penampilan sulung di olimpik, pada acara keirin.
Menginjak jam 9 malam, tumpuan rakyat Malaysia tertumpu kepada dua acara sukan yang turut menjadi sandaran.
Di mana, atlet terjun Nur Dhabitah Sabri akan beraksi dalam pusingan kelayakan acara 3 meter papan anjal wanita, dan bertekad untuk mara ke pusingan akhir seperti yang dilakukannya di Tokyo pada 2021.
Manakala badang negara, yang juga pemenang pingat emas sukan komanwel 2022, Mohamad Aniq Kasdan, akan beraksi dalam pusingan akhir, angkat berat kategori bawah 61 kilogram.