Tiga pasukan bolasepak negeri kini sedang berbincang dengan syarikat kosmetik Nouvelles Visages (NV) berkaitan penajaan utama, kata Pengarah Urusannya Erni Dekritawati Yuliana Buhari.
"Kita ada berbincang dan saling berhubung dengan mereka," kata usahawan kosmetik yang dikenali Rita Sosilawati itu tanpa mendedahkan pasukan yang terlibat.
"Sememangnya saya berhasrat untuk menaja. Sudah tentu kita berhasrat untuk menjadi penaja utama," ketika ditemui selepas pelancaran Idol Spa oleh Nori Tun Abdullah, isteri Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar di sini hari ini.
MESTI BACA: 3 kesan impak penaja ke atas sukan bola sepak di Malaysia
Katanya, beliau tidak mahu tergopoh-gapah membuat keputusan kerana perlu mengambil kira kepentingan penajaan tersebut terhadap pulangannya kepada syarikat.
"Saya akan umumkan kepada media sekiranya perkara itu dapat dimuktamadkan dan buat masa sekarang perbincangan adalah ke arah apabila saya menaja apa yang saya akan dapat (dan) bila semua syarat saya dipenuhi," katanya.
Dalam pada itu, katanya, Idol Spa adalah kerjasama strategik antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan NV dalam menyediakan suasana sebenar industri dalam pembelajaran dengan penglibatan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) secara aktif.
"Ini merupakan kerjasama pertama kita yang jalankan bersama pihak kementerian dan kita harap secara tidak langsung ia akan membantu pelajar IKBN menyesuaikan diri dalam suasana pekerjaan yang sebenar," katanya.
Dibuka di Menara KBS sejak pertengahan Disember lalu, spa itu beroperasi pada setiap Isnin hingga Sabtu dengan penglibatan lepasan pelajar IKBN yang telah diserap sebagai pekerja NV dan pelajar IKBN yang sedang menjalani latihan industri.
Bernama
Thu Jan 21 2016

ERNI DEKRITAWATI: Tiga pasukan bolasepak negeri kini sedang berbincang dengan syarikat kosmetik Nouvelles Visages (NV) berkaitan penajaan utama.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

NV masih berunding dengan tiga pasukan negeri untuk jadi penaja utama
Tiga pasukan bolasepak negeri kini sedang berbincang dengan syarikat kosmetik Nouvelles Visages (NV) berkaitan penajaan utama.

Waris Sosilawati puas hati keputusan mahkamah
Anak-anak Datuk Sosilawati Lawiya memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana nasib ibu mereka dan tiga mangsa lain akhirnya terbela.