KUALA LUMPUR: Dua pemain Skuad Projek Khas Hoki Wanita Kebangsaan Nuraini Abdul Rashid dan Fatin Shafika Mohd Sukri mendapat peluang beraksi di Liga Hoki England apabila menerima tawaran menyertai East Grinstead H.C. selama sebulan.
Menurut Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), kedua-dua pemain senior itu akan berlepas ke England pada minggu ini dan beraksi bersama pasukan naib juara Liga Hoki England (Premier) 2020 itu hingga 18 Okt bagi mencabar kejuaraan musim 2021.
Ini adalah penampilan ketiga bersama East Grinstead bagi Nuraini, yang sebelum ini pernah beraksi dengan pasukan berkenaan pada September hingga Disember 2019 dan Februari hingga April 2020.
Nuraini yang melahirkan rasa syukur dengan peluang itu berharap dapat mengekalkan prestasinya seperti dua musim lepas serta berazam mengekalkan pencapaian pasukan untuk mengakhiri saingan liga di kedudukan dua terbaik.
"Liga di sana dan di negara kita pastinya berbeza kerana England adalah tiga pasukan terbaik di Sukan Olimpik Tokyo dan dalam pasukan East Grinstead sendiri, terdapat tiga pemain beraksi di Olimpik, jadi banyak ilmu yang pastinya boleh saya pelajari daripada mereka.
"Sudah semestinya saya teruja untuk kembali beraksi bersama mereka dan dalam masa sama, saya mahu terus mengumpul pengalaman sebanyak boleh serta terus belajar perkara-perkara baharu dengan mereka," kata Nuraini dalam kenyataan dikeluarkan KHM.
Sementara itu, peluang beraksi bersama East Grinstead akan menjadi pengalaman pertama buat Fatin Shafika.
Beliau sebelum ini pernah menyertai Kelab Hoki Butterfly Roma di Rome, Itali bermula September hingga November 2018 bersama-sama Nuraini ketika itu dan kembali bersama pasukan sama sekali lagi dari September hingga November 2019.
"Sudah tentu saya gembira dan sangat teruja untuk beraksi di saingan Liga Hoki England. Peluang yang diberikan ini saya mahu menggunakannya dengan sebaik mungkin. Saya juga mahu tunjukkan kepada mereka bahawa pemain-pemain Malaysia juga mempunyai kualiti untuk beraksi bersama mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021

Kedua-dua pemain senior itu akan berlepas ke England pada minggu ini. - Gambar/ FB Malaysian Hockey Confederation

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nuraini, Fatin Shafika terima tawaran beraksi di Liiga Hoki England
Dua pemain Skuad Projek Khas Hoki Wanita Kebangsaan Nuraini Abdul Rashid dan Fatin Shafika Mohd Sukri mendapat peluang beraksi di Liga Hoki England apabila menerima tawaran menyertai East Grinstead H.