KUALA LUMPUR: Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin Mohamad Latif berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
Pegawai Eksekutif Sukan MSA Nurul Ain Md Isa berkata Nur Shazrin kekal menjadi taruhan utama untuk menggalas cabaran negara di Paris.
Beliau berkata MSA juga tidak memikirkan soal untuk mencari pengganti pemenang pingat emas acara ILCA 6 wanita Sukan Asia Hangzhou 2022 itu.
"Mungkin kecederaan menyebabkan beliau (Nur Shazrin) rasa mungkin terpaksa lupakan Olimpik, itu andaian beliau tapi di pihak persatuan kita masih mengharapkan kepada beliau, kita tidak fikir sampai ke tahap itu (terlepas aksi di Olimpik) dan untuk menggantikannya.
"Melainkan kalau beliau disahkan tidak boleh beraksi, soal kecederaan dan pemulihan di bawah pemantauan ISN (Institut Sukan Negara), jadi kita pun bergantung kepada nasihat dan saranan doktor," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.
Pada masa sama, Nurul Ain berkata 'kisah' yang sama berlaku sewaktu Nur Shazrin dalam persediaan ke Sukan Asia Hangzhou.
Namun, katanya Nur Shazrin membuktikan kecekalan sebagai seorang atlet apabila berjaya mengatasi kecederaan sama dengan mengikuti program ISN sebelum mengharumkan nama negara di bumi China.
"Sebelum Sukan Asia pun timbul cerita kemungkinan beliau tak dapat beraksi tetapi selepas mengikuti program disediakan ISN beliau pulih dan tidak ada masalah untuk beraksi.
"Kita tidak akan paksa atlet beraksi sampai kecederaannya semakin teruk, selagi kita tidak menerima maklumat (mengatakan dia tidak boleh beraksi) kita akan kekal dengan Nur Shazrin. Doktor mungkin kata beliau boleh beraksi tapi perlu pakai pelindung tangan, kalau ada kita akan turuti," katanya.
Semalam, Nur Shazrin memberi bayangan beliau mungkin terpaksa melupakan penampilan di Paris 2024 sekiranya tiada 'lampu hijau' diberikan oleh pasukan perubatan berhubung kecederaan berkaitan saraf dan ligamen melibatkan tiga jarinya iaitu tengah, manis dan kelengkeng.
Kecederaan itu dialami ketika beliau dan skuad pelayaran negara menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis baru-baru ini.
Atlet yang berasal dari Pasir Gudang, Johor itu mengesahkan tiket ke Paris 2024 selepas meraih emas di Hangzhou sekali gus bakal membuat penampilan ketiga di temasya sukan berprestij itu selepas edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020.
Selain beliau, pelayar berpengalaman negara Khairulnizam Mohd Afendy turut berjaya melayakkan diri ke Paris 2024 selepas menduduki tempat ketiga dalam acara ILCA 7 lelaki di Hyeres.
Sebagai rekod, Nur Shazrin menduduki tempat ke-33 dalam acara laser radial wanita pada penampilan sulungnya di Rio dan memperbaiki pencapaian apabila menamatkan acara sama di tempat ke-26 di Tokyo.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024

Nur Shazrin mengesahkan tiket ke Paris 2024 selepas meraih emas di Hangzhou sekali gus bakal membuat penampilan ketiga di temasya sukan berprestij itu selepas edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020. - Foto fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.

'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.

Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.