PETALING JAYA: Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Nur Azmi Ahmad telah 'dinaikkan pangkat' sebagai Presiden badan induk berkenaan bagi penggal 2023-2027.
Beliau menggantikan penyandang Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam selepas menang tanpa bertanding pada Kongres MAKAF ke-31, semalam.
Mohd Ali yang telah memimpin persekutuan itu selama 13 tahun, membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya selepas dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF) pada Oktober lepas.
Mengulas mengenai kemenangannya, Nur Azmi berkata ia merupakan tanggungjawab yang besar, terutamanya untuk meneruskan legasi Mohd Ali yang memimpin MAKAF dengan baik dan pencapaian kejayaan di pelbagai peringkat antarabangsa selama ini.
"Terima kasih kepada Tun yang telah memimpin MAKAF dengan begitu hebat dan mempunyai rekod yang bagus. Saya berharap semua ahli gabungan akan bekerja rapat dan bantu saya memimpin MAKAF ke arah kecemerlangan.
"Tumpuan utama saya pada masa ini adalah untuk memastikan kita menang emas di Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September dan muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kemboja pada Mei," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata sejurus ketua jurulatih baharu dari Mesir, Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy melapor diri pada hujung bulan ini, MAKAF akan memulakan program pembangunan bagi memastikan kejayaan cemerlang pada Sukan SEA 2027, yang bakal dianjurkan oleh Malaysia.
Nur Azmi berkata, MAKAF juga akan menganjurkan Kejohanan Persekutuan Karate Asia (AKF) yang melibatkan 1,250 peserta daripada 45 negara dan pemilihan bagi pucuk kepimpinan badan induk Asia itu di Melaka pada Julai ini.
Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapannya, berharap Nur Azmi dapat memikul tanggungjawab berkenaan dengan baik.
"MAKAF telah mencapai pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa, dari peringkat Asia Tenggara ke Dunia, hanya pingat Olimpik sahaja kita belum capai. Tugas berat menanti Nur Azmi, harap barisan kepimpinan baharu ini dapat menjalankan tugas dengan baik," katanya.
Terdahulu, Mohd Ali melancarkan buku 'Imbauan Sukan SEA ke-31' hasil inisiatif Nur Azmi, yang juga merupakan Ketua Kontinjen Sukan SEA Hanoi, menceritakan detik dan pengalaman temasya kontinjen negara pada Mei lepas.
Barisan kepimpinan MAKAF 2023-2027:
Presiden: Datuk Nur Azmi Ahmad
Timbalan Presiden 1: Datuk Vincent Chen Chee Hong
Timbalan Presiden 2: Datuk Lau Puan Long
Naib Presiden 1: M. Panneerselvam
Naib Presiden 2: Datuk P. Arivalagan
Naib Presiden 3: Datuk Jake Jikulin Nointin
Naib Presiden 4: Shamsudin B. Shaik Ali Sayabo
Naib Presiden 5: V. Wrickrama Suriya
Setiausaha Agung: Mohd Razlan Shah Bin Mohamad Rabii
Bendahari: Tan See Toh
Ahli Majlis Eksekutif: K. Anathan, P. Thennavan, Cherina Chiew Hooi Jieh, Chin Chee Fei, Yong Wi Long, Aswadee Taba, Julian Chin, S. Sukumaran, V. Chanthiran dan K. Mahenthran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023

Mohd Ali (dua, kiri) melancarkan buku 'Imbauan Sukan SEA ke-31' hasil inisiatif Nur Azmi, yang menceritakan detik dan pengalaman temasya kontinjen negara pada Mei lepas. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MAKAF pertimbang perlindungan insurans hayat untuk atlet karate
Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) sedang mempertimbang cadangan untuk menyediakan perlindungan insurans hayat buat atlet karate kebangsaan bagi menjaga kebajikan mereka.

Nur Azmi ganti Ali Rustam terajui Karate Malaysia
Beliau menggantikan Tun Mohd Ali Rustam selepas menang tanpa bertanding pada Kongres MAKAF ke-31 semalam.

Atlet dan jurulatih karate berprestasi rendah akan digugurkan
Beberapa atlet dalam skuad karate dilihat akan dilepaskan akibat prestasi kurang memberangsangkan.

MSN sangkal dakwaan amal sikap pilih kasih
Kenyataan MAKAF bahawa keputusan MSN tidak selari dengan perancangan dan kehendak persekutuan itu agak menyimpang daripada situasi sebenar.

Ramai atlet Karate mampu isi ranking 10 terbaik dunia
Setakat ini, Malaysia sudah memiliki tiga atlet dalam kelompok 10 terbaik iaitu Syakilla Salni Jefry Krisnan dalam kategori Kumite, serta Lim Chee Wei dan Celine Lee Xin Yi (kategori Kata).